Sunday 26 January 2014

167 peluru dicampak tepi jalan di Gua Musang

KOTA BHARU - Sebanyak 167 butir peluru hidup dicampak seorang lelaki di sebatang jalan di bandar Gua Musang tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata 40 butir dripada peluru itu adalah jenis 5.56 mm, 20 butir jenis 4.62 mm, 98 butir blank 5.56 dan sembilan butir jenis 9 mm ball.

Beliau berkata lelaki tersebut pada mulanya dilihat sedang berjalan di kawasan susur masuk ke sebuah kuil kira-kira pukul 12.22 tengah malam.

"Ketika pihak polis yang sedang membuat rondaan cuba menghampiri lelaki tersebut, dia bertindak melarikan diri dan telah membuang sesuatu.

Setelah pihak polis mengutip satu bekas plastik yang dicampak itu, ia didapati berisi peluru," katanya.

Saiful Bahri berkata suspek gagal dikesan. Terdapat kesan karat dan lumpur pada peluru tersebut, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment