Monday 20 January 2014

Krisis politik Thailand: Lebih 28 dilaporkan cedera dalam dua siri letupan bom



BANGKOK: Lebih 28 penunjuk perasaan anti-kerajaan Bangkok dilaporkan cedera dalam dua siri letupan bom. Kejadian berlaku sekitar jam 1.34 petang, Ahad waktu tempatan berhampiran Victory Monument.

Menurut saksi, seorang lelaki bertindak membaling bahan letupan ke atas penunjuk perasaan yang berkampung di kawasan persimpangan yang menghubungkan Ratchaprasong dan Silom.

Suspek kemudian cuba dikejar orang ramai yang berada berhampiran. Dia kemudian sekali lagi bertindak membaling bom bagi melepaskan diri dengan membonceng motorsikal yang menunggunya.

Sementara itu, polis melaporkan bahan letupan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam kejadian Jumaat lalu.

Insiden itu menyebabkan hampir 400 cedera dan ia berlaku pada jarak 200 meter dari lokasi pemimpin pembangkang, Suthep Thaugsuban.


Sementara itu, pihak berkuasa Thailand memburu dua lelaki berhubung kejadian serangan bom ke atas penunjuk perasaan di Banthat Thong Road.

Dalam insiden Jumaat lalu, seorang maut manakala berpuluh yang lain cedera.

Salah seorang lelaki yang diburu dikenalpasti pernah bekerja sebagai pembantu kepada bekas ahli parlimen demokrat.

Timbalan Ketua Biro Polis Metropolitan Mejar Jeneral Adul Narongsak, berkata berdasarkan rakaman video seorang lelaki memakai topi putih berjalan berhampiran kenderaan dan kemudian menjatuhkan bahan letupan.

Prakong Chujan yang cedera teruk dalam kejadian berkenaan, disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Dalam keganasan berkenaan, ia turut mencedera 39 yang lain. - ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment