Monday 20 January 2014

Insiden bot karam Mukah: tiga lagi mangsa ditemui



MUKAH: Setakat 9.20 pagi ini, tiga lagi mangsa yang hilang dalam insiden bot karam di Sungat Kut telah ditemui.

Satu mayat wanita dan dua mayat lelaki telah dijumpai terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Mangsa ialah Mardini Akim, 54, Naibi Saibi, 60 dan Borhan Berdan, 65.

Ini menjadikan, tujuh telah disahkan korban bot karam manakala empat yang lain masih hilang.

Jenazah Naibi ditemui kira kira 100 meter dari sungai berhampiran Kampung Saai.

Kesemua mangsa yang ditemui akan dibawa ke Hospital Daro untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, pada Ahad mayat seorang wanita yang merupakan mangsa ke empat bot karam telah dijumpai kira-kira 3.05 petang,15 meter dari tebing berhampiran Kampung Kut, Daro pada Ahad.

Dalam kejadian pada Sabtu, bot panjang milik persendirian yang membawa 27 penumpang dari rombongan perkahwinan terbalik ketika dalam perjalanan dari Kampung Saei ke Kampung Tekajong di Matu, bahagian Mukah.

16 mangsa terselamat dalam insiden malang itu.

ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment