Monday 18 November 2013

Polis Johor nafi kehilangan sekumpulan remaja di Villa Nabila

Polis Johor nafi kehilangan sekumpulan remaja di Villa Nabila
JOHOR: Sebahagian penduduk Johor Bahru gempar mengenai kehilangan misteri sekumpulan 30 remaja di Villa Nabila berdekatan Teluk Danga, Johor Bahru.

Dakwaan kononnya 7 daripada 30 remaja itu telah ditemui turut heboh diperkatakan di laman sosial sejak awal pagi tadi.

Ekoran penyebaran cerita tersebut di laman sosial, villa yang dikatakan mempunyai aktiviti paranormal itu menjadi perhatian orang awam.

Polis Johor bagaimanapun menafikan dakwaan kehilangan kumpulan remaja terbabit yang kononya hilang selepas memasuki villa tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh berkata pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun yang gagal pulang ke rumah sejak Sabtu lalu yang didakwa memasuki Villa Nabila di sini.

Katanya selepas menerima laporan tersebut satu gerakan mencari telah dilakukan.

Operasi mencari remaja berasal dari Majidee itu masih diteruskan dan disiasat dibawah kes orang hilang.

  

Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment