Tuesday 15 October 2013

Pusara P Ramlee & Saloma dibaik pulih

ramlee

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengadakan majlis tahlil untuk menyempurnakan peletakan batu nisan pusara seniman dan seniwati agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, hari ini.

Pusara yang dibaik pulih menggunakan batu marmar Itali dengan kos berjumlah RM25,000 telah ditanggung bersama oleh Finas dan Astro selepas pusara tersebut rosak akibat dihempap pokok semasa hujan lebat pada Mac lepas.

"Kalau kita hendak nilaikan perjuangan P. Ramlee dan Saloma dengan kos pemulihan ini, sememangnya tidak ternilai. Bukanlah kita nak riak cuma kita mahu mengembalikan keadaan yang asal tanpa berlebih-lebihan.

"Yang paling baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada," kata Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan.

Turut hadir anggota keluarga seniman dan seniwati agung itu termasuk kakak Saloma yang juga pelakon veteran Mariani Ismail, adik Saloma, Mimi Loma serta balu Allahyarham Nasir P. Ramlee, Suria Bakar.


Sumber

No comments:

Post a Comment