Tuesday, 15 October 2013

HouseTec pasarkan genset solar

HouseTec pasarkan genset solar
Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah (dua kanan) bersama Pengerusi Kumpulan Housetec Korea Keun Moon (kanan).


SYARIKAT HouseTec Sdn Bhd, perniagaan berasaskan teknologi solar melancarkan penjana tenaga (genset) solar kompak pertamanya untuk pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisham Baharum menyifatkan teknologi berasaskan solar kini menjadi alternatif rakyat Malaysia untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik lebih jimat dan mesra alam.

“Dengan mencipta teknologi pertama seumpamanya di dunia, kami bawa inovasi terkini ke pasaran teknologi hijau di negara ini.

“Kami rancang memperkenal produk ini kepada kementerian, jabatan serta agensi kerajaan berkaitan dan sasaran pengguna individu pula adalah masyarakat desa dan luar bandar, nelayan, pihak berkuasa, polis dan tentera," katanya pada majlis pengenalan produk dan menandatangani perjanjian persefahaman bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, masa ini sasaran jualan lebih kepada ahli Angkasa namun beliau berharap penjualan produk itu diperluas kepada pengguna lain.

“Kami harap produk ini diperkenalkan kepada nelayan bagi menjimatkan penggunaan diesel subsidi dan secara tidak langsung kos kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, selain aspek mobiliti, produk itu selamat dan direka untuk kegunaan asas seperti pencahayaan, kipas, komputer riba dan televisyen.


Sumber

No comments:

Post a Comment