Sunday 13 October 2013

Hobi baru Justin Bieber

Justin Bieber
Justin Bieber


HARI demi hari ada sahaja cerita terbaru dari pelantun Never Say Never, Justin Bieber. Tidak hanya berkisar mengenai hal-hal peribadi dan kisah kontroversi, terbaru Bieber dikhabarkan mempunyai satu hobi baru.

Bekas kekasih Selena Gomez ini dikatakan gemar menayangkan tubuh badannya yang kini kelihatan seperti ahli bina badan.

"Bieber kini bukan sahaja tidak suka berbaju di luar, bahkan dia gemar memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram.

"Dia mahu membuktikan dia tidak lagi sama ketika awal kemunculannya dulu. Walaupun baru berusia 19 tahun, tetapi tubuh badannya seperti lelaki dewasa," ujar sumber terdekat penyanyi itu.


Kembali bercinta.

Terbaru, desas-desus yang mengatakan Bieber kembali bersama Gomez kembali tersebar apabila dua bintang itu dikatakan bercuti di Bali, Indonesia.

Namun jelas sumber terbabit, berita tersebut sama sekali tidak benar kerana Bieber ke sana sendiri untuk berhibur.

"Tidak hanya meluangkan masa bercuti, Bieber turut mengambil kesempatan merakamkan lagu di Pulau Dewata untuk sebuah telefon berjenama terkenal," katanya.


Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment