Sunday 13 October 2013

Penyamun gagal tarik mesin ATM guna lori

Penyamun gagal tarik mesin ATM guna lori

KUALA LUMPUR:  Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas usaha melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh awal hari ini dibantutkan oleh bunyi alat penggera.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, empat lelaki penjenayah terbabit cuba menarik mesin ATM itu dengan sebuah lori.

Mereka merempuh bangunan stesen minyak itu dengan lori sebelum tiga daripada mereka yang bertopeng ski, bersarung tangan dan berjaket hitam serta bersenjatakan parang mengikat mesin ATM berkenaan pada lori tersebut.

Suspek kemudian cuba menarik mesin itu namun hanya sampai setakat pintu hadapan sebelum alat penggera berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri dengan lori tersebut, katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya suspek juga sebelum itu menyamun dua pekerja di stesen minyak berkenaan serta melarikan hasil jualan berjumlah RM1,500.


BERNAMA 

No comments:

Post a Comment