Wednesday, 2 October 2013

Tiga lelaki dikehendaki polis ditembak mati

Tiga lelaki dikehendaki polis ditembak mati

Tiga lelaki termasuk seorang yang sangat dikehendaki polis atas pelbagai jenayah samun bersenjata terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan polis awal pagi ini di Gerik, Perak.

Menurut sumber polis, insiden tersebut berlaku pada jam 1.40 pagi di Jalan Intan apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira berwarna putih yang dinaiki oleh tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Polis yang cuba mendekati kereta tersebut bagi tujuan pemeriksaan terkejut apabila pemandu kereta tersebut dengan tiba-tiba mengundurkan keretanya dengan laju.

Malah, penumpang dalam kereta tersebut mula melepaskan beberapa das tembakan kepada polis dan polis terpaksa membalas tembakan.

Selepas kejadian tembakan itu berakhir, ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam 20an tersebut ditemui mati dalam kereta tersebut .

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan melakukan sidang media mengenai insiden tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik pagi ini.

- ASTRO Awani, October 2

No comments:

Post a Comment