Wednesday 2 October 2013

Miley hamil anak Juicy J?

Miley hamil anak Juicy J?


JIKA sebelum ini, Miley Cyrus dikatakan sering mengugut bekas tunangnya, Liam Hemsworth untuk menyebarkan berita kehamilannya.

Kini lain pula ceritanya apabila Cyrus dikatakan bukan hamil anak Hemsworth sebaliknya anak Juicy J dan perkara itu disahkan oleh pasangan itu.

Perkara tersebut dilaporkan oleh laman Cream BMP Daily apabila Juicy menjerit terhadap orang ramai bahawa Cyrus sudah hamil sambil diakui Cyrus.

Bagaimanapun rakan terdekat pasangan ini hanya ketawa apabila ramai yang mempercayai perkara itu apatah lagi mengetahui Cream BMP Daily sememangnya sebuah laman yang menyebarkan khabar angin dan kisah lucu.

“Saya terkejut dan terus terjaga dari tidur sebaik terdengar khabar saya hamil anak @therealjuicyj,” ujar Cyrus menerusi laman Twitternya.


- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment