Ini antara catatan Murai Batu di laman Murai.com. Nak tahu cerita lanjut, click hyperlink di bawah artikel ini.
"Syurga isteri terletak di telapak kaki suami. Itulah kata-kata nasihat yang menjadi pegangan bagi pasangan yang sudah sah bergelar suami isteri. Hmm..Mungkin korang berasa pelik secara tetiba je Murai Batu cakap perkara serius macam gini kan."
Yang sebenornya, Murai Batu agak terkesima selepas membaca dan menonton video berkaitan isteri kepada penyerang bola sepak kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talha atau Mat Yo.
Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi perkara sebegini tidak akan sampai jadi kes polis dan mahkamah seandainya kedua-dua belah pihak saling menerapkan sikap toleransi dan berhemah dalam berkomunikasi. Tak berbaloi kerajaan bikin kempen Budi Bahasa Budaya Kita! Sebab ianya tetap tak masuk di akal rakyat.
Apapun, Murai Batu bukannya nak cakap lebih-lebih tentang insiden berkenaan. Cuma Murai Batu nak cuit sikit dengan sikap isteri Mat Yo iaitu Siti Aisya Adam. Memandangkan Mat Yo tu seorang yang dikenali, Aisya patutnya mengambil langkah lebih berjaga-jaga. Yang menjadi kesnya sekarang ini, dek kerana video berkenaan, Murai Batu dengar imej Mat Yo yang bermain dalam pasukan JDT (Johor Dahrul Takzim) itu dah pun tercalar.
Malah, Murai Batu dapat tahu ada pihak telah mewujudkan laman facebook yang menggunakan nama Belia Benci Mat Yo. Bukan setakat itu saja, ada pihak telah membuat super imposed gambar perkahwinan Mat Yo dengan menggelarkan pasangan ini sebagai pasangan Queen Control. Sungguh hebat imaginasi orang kitakan?
Oleh kerana itu, Murai Batu berharap sangat kepada semua isteri pemain bola sepak yang terkenal agar lebih berhati-hati dalam berkomunikasi dengan sesiapa saja. Ke mana jua anda pergi, anda membawa nama suami anda. Malah, suami anda pula membawa nama negara Malaysia. Yang paling penting, jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga tau.
MURAI BATU: Berkawanlah kerana ikhlas, jangan berkawan kerana pangkat.
Murai.com.my, Sept 25

No comments:
Post a Comment