Monday 16 December 2013

Usain Bolt lebih pantas daripada sebuah bas


Usain Bolt dengan mudah tewaskan sebuah bas. -Gambar AP


Buenos Aires: Jaguh pecut dunia, Usain Bolt sekali lagi membuktikan keunggulannya berlari.

Kali ini dia berjaya mengalahkan sebuah bas dalam satu perlumbaan pertunjukan di Buenos Aires, Argentina.

Dia hadir ke Argentina pada Jumaat bagi mengendalikan klinik kejurulatihan untuk kanak-kanak di Los Piletones, di selatan ibu negara itu.

Dalam larian pertunjukan pada Sabtu , Bolt dengan mudah menewaskan pesaingnya pada jarak sejauh 80 meter.

Pemegang rekod manusia terpantas itu kemudiannya berlumba dengan pelari lain sebelum menyampaikan pingat kepada mereka sebagai penutup larian pertunjukan di tengah bandaraya Buenos Aires itu.


Astro Awani 

No comments:

Post a Comment