Monday 16 December 2013

Jana pendapatan menerusi tenaga matahari


filepic: Panel solar


KUALA LUMPUR: Pernahkah anda terfikir untuk menjana pendapatan daripada cahaya matahari?

Pengunaan dan pengumpulan tenaga menerusi sistem solar bukan sahaja menjimatkan kos tenaga elektrik malah turut menyumbang kepada pendapatan sampingan.

Menerusi sistem feed-in-tariff, pengguna dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk setiap kilowatt tenaga elektrik yang dijana melalui sistem solar.

Bagi Arjunaidi Jamaludin yang telah memasang sistem berkenaan di atas bumbungnya sejak Julai lalu, pulangannya cukup lumayan.

“Lebih kurang RM300 hingga RM500 sebulan boleh dicapai dan ianya dibayar oleh TNB kepada saya dan dimasukkan terus ke akaun saya,” kata Arjunaidi.

Ini bermakna bil elektrik sebanyak RM300 sebulan untuk rumahnya yang menggunakan empat alat penyaman udara itu dapat dibayar balik, malah mendapat keuntungan.

“Sebenarnya tak ada penjimatan kerana untuk jimat kita jangan guna banyak perkakas elektrik itu sahaja cara mengurangkan elektrik tapi apa yang kelebihannya ialah dengan memasang solar panel ini, saya dapat pendapatan daripada penjanaan elektrik,” katanya.

Kos untuk memasang 10 panel solar di rumahnya berjumlah RM 35,000.

“Pulangannya kira-kira dalam masa tujuh tahun, maknanya selepas tujuh tahun dengan pendapatan yang dibayar oleh TNB, saya akan dapat mengambil semua kos pembinaan sistem solar nanti,” katanya.

Beliau berkata sumber tenaga matahari berpotensi menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

INFO:
- TNB membayar pemilik solar PV rm1.3708 per unit penggunaan tenaga elektrik 300kwj bersamaan RM77
- Alat penyaman udara paling banyak menggunakan tenaga
- Sistem solar PV dibina untuk bertahan selama 25 tahun


Sumber: ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment