Monday 16 December 2013

Roket angkasa lepas China mendarat di permukaan bulan


Roket angkasa lepas China dikenali sebagai 'Jade Rabbit'. -Gambar AP


BEIJING : Roket angkasa lepas China yang dilancar pada 2 Disember lalu selamat mendarat di permukaan bulan tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Kejayaan pendaratan roket tanpa juruterbang itu mendorong Beijing meneruskan kajian dalam bidang angkasa lepas dengan menghantar angkasawan mereka ke bulan pada masa depan.

Kejayaan itu turut mendapat perhatian media tempatan yang menayang detik pendaratan secara langsung ke seluruh negara.

Roket berkenaan dijangka berada di bulan dalam tempoh tiga bulan bagi melakukan kerja-kerja saintifik termasuk mendapatkan imej permukaan satelit bumi itu.

Pada 2003, China berjaya menghantar angkasawan pertama mereka ke angkasa lepas dan merancang membuka stesen angkasa lepas pada 2020 termasuk menghantar angkasawan ke bulan.

Pendaratan di bulan itu merupakan kejayaan ketiga selepas ia dipelopori dua negara kuasa besar dalam bidang angkasa lepas iaitu bekas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment