Saturday 7 December 2013

Najib umum bantuan RM500 kepada keluarga mangsa banjir

Najib umum bantuan RM500 kepada keluarga mangsa banjir

KUALA LUMPUR:  Bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga mangsa banjir yang sedang melanda pantai Timur diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Selain itu, Najib juga menggesa semua bank membenarkan mangsa banjir terbabit menangguhkan pembayaran balik pinjaman mereka.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada Khamis, Najib meninggalkan Perhimpunan Agung UMNO sejurus selepas menyampaikan ucapan dasar untuk melawat mangsa banjir di Pahang.

Banjir mula melanda Pantai Timur awal minggu ini dengan Pahang menjadi negeri paling buruk dilanda bencana alam tersebut.
Astro Awani 

No comments:

Post a Comment