Saturday 7 December 2013

Amaran angin kencang, laut bergelora di Johor

MET

SENAI – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora serta ribut petir kategori kedua melanda beberapa kawasan sekitar negeri ini, menerusi portal pada jam 10 pagi tadi.

Keadaan angin kencang Timur Laut diramal melanda kawasan perairan Johor Timur dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) beserta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Orang awam yang berada di kawasan berdekatan dinasihatkan berjaga-jaga dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin depan (9 Disember 2013).

Keadaan angin kencang dan laut bergelora dikhuatiri boleh menyebabkan bahaya kepada bot-bot kecil.

Selain itu, MET turut mengeluarkan amaran kategori kedua kepada perkapalan berikutan keadaan angin kencang di kawasan perairan Johor Timur, Tioman, Bunguran, Layang-layang dan Palawan yang diramal berterusan sehingga Isnin.

Selain itu, kawasan pantai Johor Timur turut dilapor terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan angin kencang serta laut bergelora yang apabila berlaku boleh membahayakan semua aktiviti perkapalan termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, Johor diramal mengalami cuaca ribut petir di satu dua kawasan pada sebelah petang sehingga Isnin ini.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment