Mesin pengimbas yang mengandungi radioaktif dilaporkan hilang di Mexico City.
MEXICO CITY - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mendakwa sebuah trak membawa bahan radioaktif untuk rawatan perubatan dicuri, di sini, semalam.
Jurucakap Institusi Kawal Selia dan Pemantau Nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, trak membawa peralatan radioterapi yang biasanya digunakan untuk merawat penyakit barah itu dibawa lari dari hospital di bandar utara Tijuana ke tempat penyimpanan sisa di Tepojaco.
“Trak Volkswagen itu membawa mesin radioaktif yang mengandungi kobalt ke pusat penyimpanan sisa buangan radioaktif. Setakat ini pihak berkuasa belum memberi penjelasan termasuk suspek di sebalik kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, pegawai Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Kebangsaan, Mardonio Jimenez berkata, mesin tersebut boleh memberi kesan radiasi yang tinggi sekiranya disentuh oleh manusia.
“Kami sedang membuat pemantauan di hospital bagi mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang terdedah kepada kesan radiasi tersebut,” katanya. - Press TV

No comments:
Post a Comment