Thursday, 26 December 2013

"Wahai peminat tercinta, saya dengan rasminya bersara" - Justin Bieber



Justin Bieber menulis di laman Twitternya  “Wahai peminat tercinta, saya bersara secara rasmi”.


Itu pastinya bukanlah berita yang mahu didengar oleh peminat penyanyi berusia 19 tahun itu, terutama di tengah-tengah sambutan cuti Hari Krismas.

Namun tiada penjelasan lanjut mengenainya dari kem Bieber menimbulkan persoalan samada mesej itu serius atau tidak.




Jika dilihat dari tweet susulan Bieber, beliau berkata “tidak akan meninggalkan peminatnya”, persaraan rasmi yang disebut itu memberikan seribu makna.

“Media banyak memperkatakan tentang saya,” katanya lagi.

“Banyak penipuan dan mereka (media) ingin melihat saya gagal. Namun saya tidak akan meninggalkan kamu (peminat). Menjadi Belieber (peminat Bieber) adalah satu gaya hidup”




Dia mengakhiri ucapan di Twitter dengan berkata “berbuat baiklah sesama kita. Sempena Hari Krismas ayuh kita saling bermaafan. SAYA DI SINI SELAMANYA".




Khabar angin mula hangat sejak seminggu lalu yang Justin akan bersara selepas kenyataannya ketika wawancara bersama stesen radio Power 106, Amerika Syarikat  yang berkata dia sedang menimbangkan untuk bersara.

Berita itu membuatkan jutaan peminat Bieber tidak keruan.

Wakil Bieber bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun pengurusnya, Scooter Braun dilaporkan  berkata dia ingin memberikan tempoh setahun buat penyanyi itu berehat tahun depan kerana Bieber telah terus-terusan bekerja sejak berusia 12 tahun lagi.

Sumber: ASTRO Awani 

Tragedi tsunami 2004 masih segar dalam ingatan

Tsunami
Tugu Tsunami di pantai Kuala Muda, Kedah - Foto Bernama



PANTAI MERDEKA: HARI ini, genap sembilan tahun bencana tsunami melanda rantau ini dan tragedi itu masih segar dalam ingatan penduduk kampung di sekitar Kota Kuala Muda di sini, malah kesannya juga masih jelas
kelihatan sehingga sekarang.

Tinjauan di sini mendapati bencana itu membawa banyak perubahan terhadap penempatan dan corak kehidupan penduduk setempat. Penduduk mangsa tsunami mendirikan rumah lebih jauh dari pesisir pantai.

Selain arca timbunan bot yang dibina di simpang laluan utama ke kawasan itu, deretan rumah yang musnah akibat ombak tsunami dikelilingi pagar dibina khas pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seorang penduduk Kampung Tepi Sungai, Mansor Morad, 66, berkata rumahnya yang terletak berhampiran pantai juga tidak terlepas daripada dibadai ombak tsunami, namun dia bersyukur kerana rumahnya tidak musnah sepenuhnya.

Mengimbas kembali tragedi itu, Mansor berkata dia bersama keluarganya serta jiran berkumpul di atas tembok batu untuk melihat fenomena aneh di pantai itu selepas mereka mendengar bunyi kuat seperti angin kapal terbang datang dari arah laut.

"Laut bukanlah asing bagi nelayan seperti saya namun kejadian itu membuatkan bulu roma saya 'terpacak'. Ombak pertama datang terlalu cepat menyebabkan kami lari lintang-pukang, datang pula ombak kedua yang lebih tinggi memusnahkan banyak rumah dan menyebabkan lebih 10 orang penduduk di kampung ini maut.

"Ketika itu kami hanya fikir untuk menyelamatkan diri, mujurlah sebelum itu saya tergerak hati untuk menyimpan dokumen penting di dalam poket baju Melayu yang disangkut di tingkat atas rumah. Barang dan peralatan di tingkat bawah memang musnah semua," katanya.

Sementara itu, peniaga kedai makan, Akmal Marzuki, 28, berkata sewaktu tsunami 2004 melanda, dia yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Langkawi, pulang ke kampung untuk cuti semester.

"Kebetulan hari itu, kedua ibu bapa pergi ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan tinggal saya dan adik, Mohd Noor Azmeer (21 tahun) di rumah. Semasa kejadian itu, pukul 1 tengah hari saya berada di rumah kenduri dan selepas ombak pertama membadai, saya bergegas pulang ke rumah kerana bimbangkan
keselamatan adik saya.

"Rupanya dia berada di pekan dan sejurus selepas saya meninggalkan rumah, ombak kedua datang dan rumah kedai kami musnah dihanyutkan air berlumpur. Tidak ada apa yang sempat diselamatkan.

Hanya peti ais sahaja yang ditemui semula dan masih digunakan sehingga kini," katanya yang mendirikan semula kedai di lokasi sama tidak lama selepas kejadian itu. 

Bagi Yusoff Yahya, 72, dari Kampung Masjid pula, dia trauma setelah hampir dihanyutkan ombak tsunami namun bersyukur kerana usianya masih panjang dan terselamat daripada musibah kerana sempat berpaut pada pohon mempelam berhampiran rumahnya.

"Dua lagi saudara turut berpaut pada saya ketika itu, saya peluk pokok itu dengan kuat agar tidak terlepas. Rumah saya tidak terjejas teruk namun peristiwa itu akan saya kenang sampai bila-bila. Seminggu kami tidak dapat tidur lena.

"Namun kini saya gembira kerana banyak perubahan dilakukan dari segi keselamatan termasuk sistem penggera yang dipasang untuk memberi amaran tsunami kepada penduduk," katanya.

Yusoff berkata pada hari kejadian, tiada sebarang perubahan cuaca malah banjir teruk juga tidak pernah terjadi, namun peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya dan berharap ia tidak berulang. -- BERNAMA 

Trauma ditetak dua peragut

Trauma ditetak dua peragut
Johny Ch’ng (berdiri kanan) bersama Mohd Haris (duduk kanan) mendengar sendiri cerita Sung Lin (duduk kiri) dan ahli keluarga berhubung kejadian ragut yang nyaris meragut nyawa pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara.


KUANTAN- Seorang penuntut sebuah kolej swasta di ibu negara kini trauma selepas cedera parah akibat ditetak dua lelaki yang bertindak nekad menyamun telefon bimbitnya dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Setapak, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, 16 Disember lalu, Chua Sung Lin, 19 cedera di kepala, tangan kiri dan beberapa bahagian badan akibat terkena tetakan.

Mangsa turut cedera di beberapa bahagian lain termasuk lebam di muka dan luka di kaki akibat diheret penjenayah ketika cuba mempertahankan telefonnya daripada dirampas.

“Saya takut dan trauma dengan kejadian yang nyaris meragut nyawa.

“Saya bersyukur kerana kejadian sempat disedari rakan dan orang ramai malah mereka segera memberi bantuan termasuk menghantar saya ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Lorong Galing 105, Taman Gembira di sini, semalam.

Dia yang menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Pencegahan Malaysia (MCPF) Pahang, Datuk Seri Johny Ch’ng semalam berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke rumah kawan.

“Ketika sampai berhampiran rumah kawan, dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba mendekati dan salah seorang daripada mereka mengarahkan saya menyerahkan telefon bimbit yang kebetulan berada di tangan.

“Salah seorang daripada mereka mengayunkan sebilah parang dan menetak bahagian belakang kepala saya sebelum cuba merampas telefon,” katanya.

Sung Lin berkata, dia cuba mempertahankannya namun suspek bertindak menetak tangan menyebabkan telefon itu terlepas.

“Saya cuba merampas namun suspek terus melarikan diri dan ketika itu saya terjatuh dan terseret beberapa meter,” katanya.

Mangsa yang parah dalam kejadian itu dihantar ke hospital untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang dan berehat di rumah keluarganya di sini.

“Dalam kejadian itu suspek hanya melarikan telefon bimbit manakala dompet dan barangan lain tidak diusik,” katanya.

Kejadian menimpa pelajar kolej terbabit mendapat perhatian Johny Ch’ng apabila beliau bersama Timbalan Ketua Jabatan Siasatan jenayah Pahang yang juga Setiausaha MCPF Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud melawat mangsa di rumahnya di sini, semalam.

Johny berkata, MCPF Pahang bersimpati dengan nasib menimpa pelajar itu.

“Biarpun kejadian ini berlaku di luar Pahang, perkara itu tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa termasuk polis kerana jenayah ragut turut berlaku di Kuantan.

“Penjenayah semakin nekad dan mereka sanggup bertindak di luar batasan termasuk mendatangkan kecederaan kepada mangsa malah ada kes yang membawa kepada kehilangan nyawa,” katanya.

Menurutnya, MCPF Pahang akan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam mendidik masyarakat terhadap ancaman peragut ini.

“Peragut tidak memilih mangsa sebaliknya jika ada peluang mereka akan bertindak.

“Kesedaran dan sikap berwaspada masyarakat amat penting bagi mengelak mereka terdedah kepada ancaman jenayah ragut,” katanya.

Sinar Harian 

Ketua geng pecah rumah 'Matruji' mati berbalas tembak dengan polis



SEPANG:  Seorang warga asing yang mengetuai kumpulan samun dan pecah rumah 'Matruji' maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis, di Taman Mas di sini Selasa malam.

Geng yang diketuai suspek berusia 43 tahun itu aktif sejak 2005 dan terbabit dalam sekurang-kurangnya 27 kes di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, serta merupakan antara geng penjenayah warga asing paling dikehendaki.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 9 malam itu, suspek dikenali sebagai Mat Ting War @ Matruji dikesan oleh polis peronda yang melihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa polis hendak membuat pemeriksaan, suspek terus melarikan diri ke arah belukar berhampiran. Suspek kemudian melepaskan beberapa tembakan ke arah polis menyebabkan anggota terbabit membalas tembakan berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya suspek maut di tempat kejadian dan pemeriksaan polis menemukan sepucuk pistol automatik jenis Vzor 70 cal 7.65 serta tiga butir peluru.

Abdul Rahim berkata pemeriksaan dalam but kereta suspek menemukan satu pemotong besi besar dan kuku kambing, dipercayai untuk kegiatan jenayah.

Kereta itu juga dilapor hilang di Sikamat, Negeri Sembilan pada Mei lepas, katanya.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mengenai suspek mendapati lelaki itu dipercayai pendatang tanpa izin serta pernah dipenjarakan dari 2009 hingga 2011 atas kesalahan samun.

Polis kini sedang mengesan anggota geng itu yang dipercayai antara empat dan enam orang, disyaki bersembunyi di Selangor, katanya.

BERNAMA 

Pelajar IPTS buang bayi ke luar tandas

Gambar sekadar hiasan.


MELAKA:  Seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi swasta di Masjid Tanah di sini bertindak membuang bayi yang dilahirkannya awal hari ini ke luar tandas bagi mengelak dikesan ahli keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui di luar tandas rumah ibu saudara pelajar berusia 18 tahun itu di Batang Tiga Tanjung Kling di sini, kira-kira 1.00 pagi.
   
Beliau berkata sebelum kejadian, pelajar terbabit yang bercuti di rumah ibu saudaranya itu masuk ke dalam tandas dan tidak keluar selepas hampir sejam sehingga menimbulkan kecurigaan.

"Makcik pelajar itu kemudian bertindak masuk ke dalam bilik air sebelum melihat banyak darah di lantai namun pelajar itu memaklumkan yang dia mengalami buasir," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Raja Shahrom berkata ibu saudara pelajar terbabit yang berusia 60 tahun kemudian bertindak membawanya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Raja Shahrom berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar terbabit mengalami pendarahan disebabkan melahirkan anak sebelum laporan polis dibuat pihak hospital terbabit kira-kira 12 tengah malam.

Beliau berkata polis kemudian bertindak melakukan pemeriksaan di rumah itu sebelum menemui mayat bayi tersebut di luar tandas rumah berkenaan.

Katanya siasatan awal polis mendapati bayi tersebut dipercayai dibuang melalui ruang udara di bahagian bumbung tandas selepas dilahirkan.

Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sedang menyiasat sama ada bayi tersebut masih hidup atau tidak selepas dilahirkan dan pelajar terbabit akan ditahan bagi membantu siasatan sebaik menerima rawatan," katanya.

BERNAMA 

Putus cinta: Lana anggap keputusan Johan kelakar

Lana Nordin beri penjelasan
Lana Nordin


LANA Nordin nampaknya tenang dengan keputusan Johan As’ari yang memutuskan hubungan mereka.

Memetik laporan portal berita hari ini, Lana dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.

Menurutnya, nasib baik hubungan percintaannya dengan Johan putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.

“Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.

“…dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?

“…saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya.

Hari ini dalam satu kenyataan, Johan menyatakan bahawa hubungannya dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak, kelmarin.

"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana," katanya.

Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka.

"Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana," ujarnya.

Sinar Harian 

Jururawat mengaku berkhalwat dengan suami orang

Jururawat mengaku berkhalwat dengan suami orang
Pasangan yang ditangkap khalwat pada 29 Oktober lalu di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam.
Jururawat mengaku berkhalwat dengan suami orang

PASIR MAS - Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu.

Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu.

Sarizana didapati bersalah di bawah Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.

Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta tingkap tertutup rapat.

Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri, seorang wanita memakai kain sarung batik dan berbaju T telah membuka pintu rumah.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.

Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang tidur.

Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung wanita itu.

Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut bukan suami isteri dan bukan mahram.

Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk diambil tindakan selanjutnya.

Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Norhasney Ridhwan Hassan.

Sinar Harian 

Warna-warni sambutan hari Krismas di Kampung Portugis




MELAKA: Penduduk Kampung Portugis terus melaksanakan tradisi menyambut perayaan Krismas hari ini dengan menghias kediaman masing-masing.

Limpahan lampu berwarna-warni dengan pelbagai perhiasan menarik sekali gus berjaya menarik kedatangan pelancong ke kampung berkenaan yang terletak di Ujong Pasir ini. - ASTRO Awani

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu
Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.


SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sinar Harian 

Wednesday, 25 December 2013

Ibu jadi mangsa seksual anak sendiri

Azham Othman
Azham Othman


KOTA BHARU - Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun.

Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu.

Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.

“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.

Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.

“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.

Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sinar Harian 

Bayi maut, terlepas daripada dukungan bapa


Gambar Fail

KUANTAN: Seorang bayi lelaki maut setelah terlepas daripada dukungan bapanya dari tingkat empat perumahan polis Bukit Pelindung di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, bayi berusia tujuh bulan Mohd Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu turut memegang bungkusan sampah.

Bayi malang itu dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan namun dia disahkan meninggal dunia, katanya.

Difahamkan mangsa merupakan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters berkenaan.

Abdul Aziz berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. -- BERNAMA 

Gelombang kedua banjir di Pahang dijangka pada 30 Disember

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Pahang memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember ini.

Menurut, Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang, Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku sehingga 6 Januari tahun depan terutama di tiga daerah.

Daerah terlibat adalah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Dalam tempoh itu juga, air pasang surut akan turut berlaku dengan kelajuan angin diramal 50 hingga 60 kilometer sejam.

Mengikut ramalan awal, taburan hujan lebat berlaku dalam empat peringkat iaitu pertama pada 2 hingga 6 Disember lepas, yang mengakibatkan banjir buruk di Pahang.

Sesi kedua diramal berlaku pada 18 hingga 22 Disember lepas.

Bagaimanapun ia tidak berlaku.

Dengan itu, peringkat kedua itu diramal berlaku pada 30 disember disusuli dengan dua lagi peringkat yang dijangka berlaku sebelum awal Mac.

Astro Awani 

Harimau Malaya Zoo San Diego bunuh pasangan ketika cubaan mengawan


LOS ANGELES: Penjaga Zoo di California kini sedang menyiasat kejadian harimau jantan jenis Malaya yang membunuh harimau betina jenis yang sama berusia empat tahun ketika dua ekor haiwan itu dipertemukan untuk tujuan pembiakan.

Pada mulanya Connor, Harimau jantan yang dilahirkan di San Diego Zoo pada tahun 2011 itu dilihat menjalani rutin biasanya ketika pertama kali diperkenalkan dengan Tiga Tahun iaitu harimau betina tersebut.

"Malangnya kejadian berlaku begitu pantas dan penjaga zoo tidak sempat untuk memisahkan dua haiwan tersebut” kata jurucakap zoo Jennifer Mehlow yang menjelaskan bagaimana Connor secara tiba-tiba berkelakuan agresif.

Harimau betina itu mati akibat mengalami kecederaan di lehernya dan masalah pernafasan setelah diserang Connor.

Namun begitu, tiada pelawat yang menyaksikan kejadian tersebut kerana insiden itu berlaku sebelum waktu melawat.

"Kejadian ini adalah yang pertama seumpamanya, walaupun haiwan karnivor selalunya bersifat agresif ketika interaksi pengawanan berlaku dan kadangkala ia boleh membawa kepada kecederaan" kata Mehlow lagi.

Connor yang dilahirkan di Zoo Bronx di New York telah dibawa ke San Diego pada awal tahun ini untuk tujuan pembiakan dalam usaha untuk menyelamatkan spesis terancam itu.

Harimau biasanya tidak berkawan dan hanya bertemu pasangan ketika musim mengawan.

Menurut akhbar Los Angeles Times, Connor telah menjadi satu-satunya harimau jenis Malaya yang kini ada di zoo berkenaan.

Akhbar tersebut turut melaporkan, subspesis disenaraikan sebagai spesis terancam di Malaysia dan Thailand akibat dari aktiviti pemburuan haram dan kehilangan habitat.

Agensi

Fenomena ikan naik ke darat di Sabah, tiada tsunami dijangka berlaku

Tiada kejadian tsunami dijangka akan berlaku dalam masa terdekat ini walaupun terdapat berlakunya kejadian ikan naik 

KUALA LUMPUR: Tiada kejadian tsunami dijangka akan berlaku dalam masa terdekat ini walaupun terdapat berlakunya kejadian ikan naik ke darat di Kampung Tambisan, Lahad Datu pada pagi tadi.

Pengguna di media sosial mula mengaitkan peristiwa itu dengan kejadian beberapa hari sebelum tsunami besar yang meranapkan aceh A 26 Disember 2004.

Jabatan Meteorologi bagaimanapun akan terus memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik.

Ini kerana tiada petanda berlaku tsunami dikesan buat masa ini.

Semalam, Jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala ritcher di Kepulauan Mariana berpusat di timur laut Tagum Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.


Astro Awani

Tuesday, 24 December 2013

The Heat: 'Bolehkah penggantungan ditarik balik sekarang?'


Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa ia akan mempertimbangkan rayuan untuk menarik balik penggantungan akhbar mingguan The Heat.

Menurut kenyataan rasmi dalam laman web  theantdaily.com yang dimiliki penerbit yang sama, pengarang The Heat telah bertemu dengan pegawai-pegawai Kementerian pada Isnin.

"Kami memberi kerjasama penuh dengan kementerian untuk menyelesaikan sepenuhnya perkara ini.
Kementerian itu memberi jaminan kepada kami bahawa ia akan mempertimbangkan rayuan The Heat untuk menarik balik penggantungan itu dengan cara yang adil dan segera ," kata kenyataan itu.

The Heat juga menjelaskan tindakan ke atas dua surat tunjuk sebab serta syarat-syarat permitnya.

"Kami telah menjawab dua surat tunjuk sebab (bertarikh Nov 27, 2013 dan 2 Disember, 2013 ) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh masa yang diberikan," kata The Heat.

Ia juga menjelaskan bahawa ia pada asalnya diluluskan pada 8 Julai 2013 sebagai sebuah penerbitan mingguan di bawah kategori "Ekonomi / Sosial".

Selepas itu, ia berkata terbitan itu memohon untuk menukar kategori untuk "Hal Ehwal Semasa" dan kelulusan bagi yang telah diberikan pada 18 Sept, 2013.

Kenyataan ini menyangkal salah satu kenyataan awal Kementerian yang menyatakan bahawa The Heat telah melanggar peruntukan-peruntukan di dalam permit penerbitannya.

Pencabulan ini berkaitan dengan keperluan untuk "memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri tentang perubahan pemilik", dan juga satu peruntukan yang menyatakan bahawa permit itu hanya untuk "majalah mingguan perniagaan."

Pada hari Khamis, The Heat diberitahu tentang penggantungannya oleh Kementerian Dalam Negeri.
The Heat diterbitkan oleh HCK Media Group yang juga penerbit akhbar perniagaan Fokus Malaysia dan portal theantdaily.com.

Wartawan dan kumpulan hak asasi telah membentuk satu kumpulan perpaduan dipanggil Gerakan Media Mara (Movemement Media Marah) atau Geramm.

Program Geramm pada masa ini termasuk kempen media sosial, memakai t -shirt berwarna merah pada hari Jumaat, forum mengenai kebebasan media dan petisyen.

ASTRO Awani 

US tiger kills Malayan female on first mate


This undated photo released by the San Diego Zoo shows a female Malayan tiger named Tiga Tahun in her habitat at the San Diego Zoo - AP Photo


LOS ANGELES: Zoo keepers are probing why a male Malayan tiger killed a four-year-old female tiger it had only just met, when they were brought together for breeding purposes in California.

Connor, who was born at San Diego Zoo in 2011, was introduced to female Tiga Tahun on Saturday for their first mating session, and initially everything seemed to be going routinely.

"Unfortunately this changed quickly and zookeepers were unable to separate the two animals," said zoo spokeswoman Jennifer Mehlow, explaining how the male tiger suddenly displayed "aggressive behavior."

The female feline died of injuries to her neck and breathing ability inflicted by Connor, she said. The death occurred before the world-famous zoo opened, so no visitors witnessed the incident.

It was the first fatal attack during a mating session at the zoo, although large carnivores often mix aggressive behavior with breeding interactions, sometimes leading to injury, the spokeswoman said.

The Malayan tiger, who was born at the Bronx Zoo in New York, was brought to San Diego earlier this year for breeding purposes, in an effort to propagate the endangered species, Mehlow said.

Tigers are normally solitary animals, and males and females only usually meet to mate when the female is in season, according to the Los Angeles Times, which said Connor is now the zoo's only Malayan tiger.

The sub-species is listed as endangered because of poaching and loss of habitat in Malaysia and parts of Thailand where they are found, the newspaper said. --AFP

Monday, 23 December 2013

NGO desak siasat dalang himpunan guling kerajaan

GEORGETOWN - Beberapa pihak hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Dis ini.

Antaranya ialah badan bukan kerajaan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas.

Hasutan itu dikesan menerusi laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Rejimen Anarki', mengajak orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan', kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di sini.

Katanya hasutan yang berbau ugutan "SAPA HALANG, KAMI LANGGAR...INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN" itu dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook tersebut pada 18 Dis lalu. 

Di SEPANG, Pemuda Umno Sepang turut membuat laporan polis meminta pasukan keselamatan itu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berkenaan.

Ketuanya Noorazli Said berkata tindakan pihak berkenaan jelas cuba mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku di Mesir.

"Kita ada pilihan raya umum setiap lima tahun sekali, jadi penganjur sepatutnya guna jalan yang betul, bukan heret rakyat turun di jalanan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. -- Bernama

Cepat kahwin sebelum kerajaan laksana GST

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli


KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihatkan mereka-mereka yang masih belum berkahwin supaya menamatkan zaman bujang sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015.

Jelas Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan GST akan memberi bebanan kepada bakal pengantin kerana terpaksa membayar lebih kepada katerer.

"Sekiranya GST dilaksanakan, semuanya turut akan terkesan, semua barang akan naik harga," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan hanya beberapa perkara sahaja dikecualikan GST sebaliknya hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut, sekali gus akan menambah penderitaan rakyat.

"Hanya belacan, cencaluk, kacang dhal, beras, sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang akan dikecualikan GST, namun hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan selain perkara itu akan dikenakan GST.

"Oleh itu, saya sarankan rakyat tolak GST kerana GST akan memberi bebanan kepada kita," katanya.

Sinar Harian 

Johan tetap tunggu Shila!

Shila Amzah, Johan,
Shila Amzah, Johan


SEBELUM ini, umum tahu tentang keakraban pelakon Juvana, iaitu Johan As’ari bersama penyanyi, Shila Amzah. Namun, selepas pelakon itu membuat pengakuan untuk melamar Lana Nordin, hubungannya dengan Shila Amzah agak dingin.

Malah pelantun Patah Seribu itu pernah membuat kenyataan tidak akan menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan pendirian pelakon Juvana ini. Menyedari Shila menukar nombor telefon dan menyekat laman sosialnya, Johan berkata, hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan hubungan mereka tetap seperti biasa.

“Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan berkawan semula dengannya seperti biasa.

“Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian daripada saya,” katanya.

Menurut Johan, dia tidak rasa hubungan persahabatan yang dibina bersama Shila akan terputus begitu sahaja, memandangkan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

“Hubungan keluarga antara kami sangat rapat. Malah, Shila tetap menghubungi ibu saya, dan saya percaya hubungan mereka akan kekal baik selamanya,” katanya yang menganggap hubungan yang terjalin adalah kasih sayang yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada semua makhluknya.

Namun, apabila ditebak mengenai Shila yang dikatakan tidak mahu menerima Johan atas alasan sendiri, Johan agak terkejut.

“Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya.

Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya.

“Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila. Dan berharap dia berjaya dan gembira,” katanya yang menganggap penyanyi itu sebagai adiknya sejak awal perkenalan lagi.


Belum bawa Lana jumpa ibu


Meskipun dalam fasa perkenalan dengan cinta barunya itu, Lana Nordin, Johan bagaimanapun mengakui masih belum membawa kekasih hatinya itu untuk berjumpa keluarganya.



Jelas Johan, dia akan membawanya untuk berjumpa keluarganya pada masa yang betul-betul sesuai.

“Saya masih belum bawa Lana jumpa keluarga. Nanti ada masa yang betul-betul sesuai saya akan membawanya,” katanya yang mengakui keduanya sibuk dengan karier masing-masing.

Sumber: Sinar Harian 

Sin tax to fund Chinese schools?



A proposal by a MCA delegate to use 20% of alchohol and gambling taxes as additional allocation for Chinese education will be considered by the party’s new Central Committee.



"We will take the proposal into consideration, along with all other proposals raised during the debates. We want to forward proposals to the government that it can actually implement," said newly-minted party president Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Earlier, Parit Sulong central delegate Tan Sri Lee Kim Yew made the proposal to deal with funding issues for Chinese schools, which has long been a contentious issue for the community.

"The biggest problem of Chinese education is allocation. I urge this general assembly to push for 20 per cent of all taxes collected from alcohol and gambling to be used as additional allocation for Chinese education," he said.

Meanwhile, former Deputy Education Minister and MCA deputy president Datuk Wee Ka Siong said Lee's proposal "makes sense".

However, he said it was entirely up to the government to decide on the source of funds to increase allocation for Chinese schools.

"The argument is that since only the Chinese and the non-Muslims contribute to sin taxes, it is not controversial since it's going to Chinese schools," he told reporters.

Whatever the source, he said, the “the bottom line” was that allocations for Chinese schools must be increased.

Source: ASTRO Awani 

Sunday, 22 December 2013

Suspension of 'The Heat' not linked to Prime Minister story, says Home Ministry

Suspension of 'The Heat' not linked to Prime Minister story, says Home MInistry

The Home Ministry has denied that it recent suspended weekly magazine The Heat because of a story involving Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak.

“This decision (suspension) was not linked to The Heat’s recent story regarding the Prime Minister, and any accusations to the contrary are without merit,” according to a statement by the ministry spokesperson yesterday.

The Ministry said that The Heat had violated provisions in its publication permit, specifically the requirement to “inform the Home Ministry of any change of ownership”, and also a provision which specifies that the permit was only applicable for “a weekly business magazine.”

The Ministry also had issued two show cause letters to The Heat’s publisher, but did not receive a reply, indicating that the suspension was due to the lack of response.

“The (show cause) letter provides for an official right of response, but such a response was not received. A second show cause letter was sent, again without official response. The Heat has been suspended until an official response is received,” said the spokesperson.

On Thursday, The Heat was notified of its suspension by the Home Ministry.

The Heat is published by HCK Media Group which also behind business publication Focus Malaysia and the online portal theantdaily.com.

Astro Awani 

Bekas penyelia NSTP, isteri maut dilanggar lori

Bekas penyelia NSTP, isteri maut dilanggar lori

MARANG:  Sepasang suami isteri maut setelah kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Km 47, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Kampung Pasir Putih, di sini petang ini.
   
Kemalangan kira-kira 5.00 petang itu berlaku apabila sebuah lori seberat satu tan yang dalam perjalanan dari arah Dungun ke Kuala Terengganu dikatakan memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan.
   
Akibat rempuhan itu, Mohamed Hanafi Abdul Manaf, 62, bekas Penyelia Teknikal Percetakan NSTP di Kuala Lumpur, dan isterinya Rabiah Mat Hussin, 55, yang berasal dari Dungun maut di tempat kejadian.
   
Pasangan terbabit cedera parah di bahagian kepala selain kecederaan dalaman serta patah kaki.
   
Manakala pemandu lori terbabit dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
   
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritenden Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

BERNAMA 

Senarai pemenang untuk Piala Maya 2013

Piala Maya 2013 angkat Julia Perez Pelakon Wanita Terpilih
Julia Perez telah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Terpilih bagi filem Gending Sriwijaya.


Berikut adalah senarai para pemenang untuk Piala Maya 2013:-

Filem Terpilih: Sokola Rimba (arahan Riri Riza)

Pelakon Filem Lelaki Terpilih: Reza Rahadian (Habibie & Ainun)

Pelakon Filem Wanita Terpilih: Julia Perez (Gending Sriwijaya)

Filem Pendek Terpilih: Dino (Edward Gunawan)

Sutradara Terpilih: Mauly Surya (What They Don't Talk When They Talk About Love)

Naskah Adaptasi Terpilih: Ifa Isfansyah, Fajar Nugros, Iwan Setyawan (9 Summers 10 Autumns)

Naskah Asli Terpilih: Swatika Nohara (Hari Ini Pasti Menang)

Penyunting Gambar Terpilih: Cesa David, Luckmansyah, Aline Jusria, Faesal Rizal (Noah: Awal Semula)

Penata Kamera Terpilih: Yunus Pasolang (What They Don't Talk When They Talk About Love)

Penata Suara Terpilih: Khikmawan Santosa (Hari Ini Pasti Menang)

Penata Artistik Terpilih: Iqbal Marjono (Belenggu)

Filem Dokumentari Terpilih: 400 Words ( Ismail Basbeth)

Pelakon Pembantu Lelaki Terpilih: Alex Komang (9 Summers 10 Autumns)

Pelakon Pembantu Wanita Terpilih: Ayushita (What They Don't Talk When They Talk About Love)

Ilustrasi Muzik Terpilih: Indra Lesmana (Adriana)

Segmen Filem Omnibus Terpilih: Malaikat Juga Tahu - Rectoverso (Marcella Zalianty)

Pelakon Filem Omnibus Lelaki Terpilih: Lukman Sardi (Malaikat Juga Tahu - Rectoverso)

Pelakon Filem  Omnibus Wanita Terpilih: Dewi Irawan (Malaikat Juga Tahu - Rectoverso)

Filem Daerah Terpilih: Nagasari (Christopher Hanno & Eduardus Pradipto - Jawa Tengah & Yogyakarta)

Kritik Film Terpilih: "Sokola Rimba: Protes Dari Orang Rimba" (Imam Teguh Santoso)

Filem Animasi Terpilih: Sang Suporter (Wiryadi Darmawan)

Poster Filem Terpilih: Gamaliel Budiharga (Vakansi Yang Janggal & Penyakit Lainnya)

Penata Rias Wajah & Rambut Terpilih: Retno R. Damayanti, Joy Revfa, Rezani Ramli (Habibie & Ainun)

Penata Kostum Terpilih: Retno R Damayanti (Habibie & Ainun)

Pelakon Baru Lelaki Terpilih: Reza Nangin (Cinta Tapi Beda)

Pelakon Baru Wanita Terpilih: Lina Marpaung (Demi Ucok)

Pemain Cilik Terpilih: Jefhan Nathanio (Tampan Tailor)

Lagu Tema Terpilih: Cinta Sejati - Bunga Citra Lestari (Habibie & Ainun)

Efek Khusu Terpilih: Adam Howarth (Sang Kiai)

Acara Piala Maya bagi tahun 2013  kali ini telah berlangsung satu Galeri Seni Umaniara De'Brawijaya, Kebayoran baru, Jakarta Selatan, Jakarta, Indonesia.



Sumber: ASTRO Awani 

Dua rakyat Malaysia parah dalam letupan di Danok, Thailand

Dua rakyat Malaysia parah dalam letupan di Danok, Thailand

DANOK:  Dua rakyat Malaysia adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga kejadian letupan bom di Selatan Thailand, hari ini.

Kesemua mangsa yang cedera itu ialah mangsa letupan bom di Pekan Danok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supritendan Che Man Md Dros ketika di hubungi berkata, butiran dua rakyat Malaysia tersebut masih belum dapat dikenalpasti.

Dua lagi kejadian letupan di Pekan Sadao dan Padang Besar dipercayai tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Gabenor Songkhla, Girisada Boonrach berkata, kejadian letupan bom di Pekan Danok berlaku pada pukul 1.45 petang di hadapan sebuah hotel dipercayai berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan hotel terbabit.

Semetara itu, letupan di Pekan Sadao berlaku pada pukul 11 pagi manakala letupan di Padang Besar pada pukul satu tengahari.

Semua mangsa yang cedera di hantar ke hospital berdekatan.

ASTRO Awani 

Piala Maya 2013 angkat Julia Perez Pelakon Wanita Terpilih


Julia Perez muncul Pelakon Wanita Terbaik Piala Maya Indonesia - Foto Fuad Misbah


JAKARTA: Awal bulan ini menyaksikan industri perfileman Indonesia telah mengangkat filem Sang Kiai sebagai filem terbaik di Festival Filem Indonesia 2013.

Malam tadi berlangsung satu lagi acara anugerah pengiktirafan buat penggiat seni di republik itu.

Dinamakan Piala Maya, pada awalnya ia merupakan satu pengiktirafan kecil-kecilan yang bermula di alam maya (internet) sebelum kemudiaannya diangkat ke dunia nyata.

Bertemakan 'Ragam Corak Filem Indonesia' dapat dilihat di majlis mendapat sambutan "lumayan" oleh para penggiat seni perfileman dan juga para pencinta filem Indonesia.

Sejajar dengan tema tahun ini, para pemenang tahun ini tinggi nilai variasinya di mana tidak ada satu filem pun yang memonopoli keseluruhan acara.

Namun begitu, filem Habibie & Ainun berjaya merangkul 4 anugerah dan filem What They Don't Talk About When They Talk About Love merangkul 3 anugerah dan secara tidak langsung, kedua-dua filem tersebut dinobatkan sebagai filem yang berjaya di anugerah Piala Maya kali ini.

Manakala Filem omnibus, Rectoverso, berjaya menyapu bersih semua anugerah di dalam kategori filem omnibus dengan 3 anugerah.

Piala Maya 2013 kali ini menyaksikan filem Sokola Rimba, arahan Riri Riza telah diangkat sebagai filem terbaik dan Mauly Surya dinobatkan sebagai Sutradara terpilih menerusi filem arahan beliau yang berjudul What They Don't Talk When They Talk About Love.

Pelakon lelaki paling popular di Indonesia ketika ini, Reza Rahadian sekali lagi telah diangkat sebagai Pelakon Filem Lelaki Terpilih menerusi lakonan beliau di dalam filem Habibie & Ainun.

Begitu juga dengan Julia Perez yang telah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Terpilih bagi filem Gending Sriwijaya.

ASTRO Awani

Misteri pusara lama tanpa nama di tengah bandar



ALOR SETAR:  Sebuah pusara lama yang wujud di tepian Sungai Kedah di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, Kedah mengundang pelbagai persoalan sekaligus menjadi sebuah misteri yang masih belum terjawab sehingga kini.


Apa yang menjadi persoalan ialah ketiadaan papan tanda dan kawasan perkuburan tersebut seperti diabaikan walaupun sebelum ini ada kerja-kerja pemuliharaan cuba dilakukan pihak tertentu.

Penduduk yang tinggal berdekatan mendakwa perkuburan itu telah wujud sejak awal abad ke-19 lagi dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi bagi negeri Kedah.

Ia dikatakan kubur seorang tokoh ulama terkenal di Kedah iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh yang juga merupakan penasihat agama kepada Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.

Kawasan perkuburan itu juga mungkin dapat membuktikan kewujudan sebuah perkampungan yang diasaskan tokoh ulama tersebut dan sebuah surau kepunyaannya bertujuan untuk mengajar agama.

Bagaimanpun tiada kesan-kesan membuktikan kewujudan surau terbabit di sekitar perkampungan itu namun mengikut catatan ahli sejarahwan, tapak asal surau ulama terbabit adalah di bangunan mahkamah lama.

Perkuburan itu kini dilihat terbiar serta persekitaranya dipenuhi semak samun.

Selain itu, batu-batu nisan yang ada sebilanganya telah hilang dan tenggelam akibat mendapan serta hakisan.

Turut kelihatan tiga kubur bersebelahan pusara itu yang telah musnah kerana sebatang pokok besar yang tumbuh di tengah-tengahnya.

Penduduk yang ditemui memohon perhatian pihak berkuasa kerana kubur tersebut merupakan sumber sejarah bernilai tinggi untuk negeri dan Malaysia amnya.

Mereka turut menyatakan kebimbangan kerana terdapat unsur-unsur khurafat di sekitar perkuburan dek kerana tiada kawalan oleh pihak bertanggungjawab.

Selain itu, terdapat sebuah binaan konkrit yang dipercayai sebuah tugu peringatan pahlawan Jepun yang terbunuh ketika menentang British sekitar tahun 1941 dalam mempertahan jambatan di sungai berkenaan daripada diletupkan.

ASTRO Awani 

Friday, 20 December 2013

Guru penolong kanan dan kekasihnya dituduh buat rakaman lucah


AYER KEROH:  Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya warga Pakistan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan membuat filem lucah di sebuah rumah pada bulan lepas.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 tahun, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Menurut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membuat filem lucah atau tingkah laku yang bertentangan dengan kesopanan awam dii sebuah rumah pangsapuri Bukit Beruang Utama pada pukul 8.30 pagi pada 16 November lepas.

Pertuduhan di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak meminta mahkamah mengenakan ikat jami RM3,000 ke atas Lizah tetapi membantah jaminan ke atas Muhamad Usman kerana beliau warga asing.

Lizah bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung enam anak dan suami yang sakit dan tidak bekerja.

Majistret Mohd. Firdaus Salleh kemudian membenarkan ikat jamin RM2,500 ke atas Lizah manakala Muhamad Usman dikenakan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melapor diri di balai
polis berhampian sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Januari tahun depan bagi tertuduh melantik peguam.



ASTRO Awani 

Spain fines Google for privacy 'violations'



MADRID:  Spain's data protection watchdog ordered US Internet giant Google on Thursday to pay a 900,000-euro (RM 4,023,876) fine for "serious violations" of users' privacy.

The Spanish Data Protection Agency accused the popular search provider of "illegal processing of personal data" obtained from users of various services such as Google email accounts.

Google's privacy policy enables it to track the activity of users across its search engine, Gmail, the Google+ social networking platform and other services it owns, which include YouTube.

"Google unlawfully collects and processes personal information" of users, the Spanish agency said in a statement.

"The agency considers that Google seriously violates the right to the protection of personal data."

It ordered Google to pay 300,000 euros ($410,000) for each of three breaches of Spain's data protection law and ordered it to bring its privacy policy in line with legal norms.

The agency said Google's privacy policy did not clearly inform users of how it uses the data collected, for example information from emails that is gathered to generate targeted advertising.

It also accused Google of keeping the data for longer than is legally justified and of making it difficult for users to query the use of their data.

Google has repeatedly stated that its privacy policy respects European law, despite investigations in several countries.

Google spokespeople could not immediately be reached to comment to AFP on Thursday but El Pais newspaper quoted the company as saying it had been "totally involved" in the agency's investigations.

It would "read the report carefully and then decide what steps to take next", the newspaper quoted Google as saying.

The Spanish authority launched proceedings against Google in June. In September, France too said it would take action against the company, accusing it of breaching privacy norms.

Authorities in Germany, Italy, The Netherlands and Britain have also opened parallel procedures against Google.

The Spanish agency said it was the first of these six authorities to make a final decision on action against the US giant.

The European Union warned Google in October 2012 that its new data protection procedures did not comply with an EU directive on the subject and gave the company four months to change them. That deadline passed without any action, prompting France to set up the task force of individual member states pursuing the issue with Google.

Google has defended the changes it made last year, saying they simplify and standardise its approach across its various services.

Critics say the policy gives the operator of the world's largest search engine unprecedented ability to monitor its users.

Like other technology giants, Google has come under heightened scrutiny in recent months following revelations by US whistleblower Edward Snowden of online eavesdropping by intelligence agencies.
The Spanish Data Protection Agency is a state body with power to impose fines and to order data to be destroyed, according to its website.

In 2010 it filed a suit against Google for allegedly capturing data from Internet users when it collected photos for its Street View map service.

Kes skandal: Amiruddin cerai isteri talak satu

skandal adi putra

PUTRAJAYA - Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah menceraikan isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.

Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami."

Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Sinar Harian 

Akaun FB gambar gadis ghairah

Akaun FB gambar gadis ghairah
Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan puluhan gambar gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula dikesan sejak lebih sebulan lalu. 

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam, tinjauan semula mendapati pengendali akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun tersebut.

Sinar Harian