Justin Bieber menulis di laman Twitternya “Wahai peminat tercinta, saya bersara secara rasmi”.
Itu pastinya bukanlah berita yang mahu didengar oleh peminat penyanyi berusia 19 tahun itu, terutama di tengah-tengah sambutan cuti Hari Krismas.
Namun tiada penjelasan lanjut mengenainya dari kem Bieber menimbulkan persoalan samada mesej itu serius atau tidak.
Jika dilihat dari tweet susulan Bieber, beliau berkata “tidak akan meninggalkan peminatnya”, persaraan rasmi yang disebut itu memberikan seribu makna.
“Media banyak memperkatakan tentang saya,” katanya lagi.
“Banyak penipuan dan mereka (media) ingin melihat saya gagal. Namun saya tidak akan meninggalkan kamu (peminat). Menjadi Belieber (peminat Bieber) adalah satu gaya hidup”
Dia mengakhiri ucapan di Twitter dengan berkata “berbuat baiklah sesama kita. Sempena Hari Krismas ayuh kita saling bermaafan. SAYA DI SINI SELAMANYA".
Khabar angin mula hangat sejak seminggu lalu yang Justin akan bersara selepas kenyataannya ketika wawancara bersama stesen radio Power 106, Amerika Syarikat yang berkata dia sedang menimbangkan untuk bersara.
Berita itu membuatkan jutaan peminat Bieber tidak keruan.
Wakil Bieber bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun pengurusnya, Scooter Braun dilaporkan berkata dia ingin memberikan tempoh setahun buat penyanyi itu berehat tahun depan kerana Bieber telah terus-terusan bekerja sejak berusia 12 tahun lagi.
Sumber: ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment