Friday 8 November 2013

Yuna bakal muncul dalam Jimmy Kimmel Live!

Yuna

PENYANYI terkenal Yunalis Zarai yang sedang melebarkan sayapnya ke Amerika Syarikat (AS) dikhabarkan bakal muncul dalam program bual bicara terkenal, Jimmy Kimmel Live!.

Perkara itu dikhabarkan Yuna sendiri ketika ditemui pada majlis Yuna-'Nocturnal' Listening Party yang berlangsung di Google Malaysia, semalam.

"Ada lah 'talk show'. Biasanya, apabila keluar album baru...ada lah dalam perancangan (untuk muncul) di Jimmy Kimmel, Januari ini.

"Dalam rangka promosi. Jadi, memang cara mereka di sana," katanya kepada media.

Album terbaru Yuna, Nocturnal baru saja dilancarkan di Malaysia selepas dilancarkan di AS. Berkongsi sedikit tentang album tersebut, Yuna akui ianya istimewa.

"Istimewanya Nocturnal ini adalah pendengar dapat dengar kematangan dalam lagu ini berbanding album sebelum Nocturnal.

"Album ini berdasarkan pengalaman saya di AS dan saya banyak bertemu dengan orang yang memberi inspirasi," katanya.

Yuna berharap agar peminatnya dapat menikmati pengalamannya itu melalui album Nocturnal.

"Saya juga lihat banyak benda di luar sana yang saya nak kongsi dengan peminat-peminat menerusi lagu-lagu saya.

"Saya harap peminat dapat ‘enjoy’ semua itu (pengalaman) dalam lagu-lagu saya," katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment