Friday 8 November 2013

Melawat kembali tapak janakuasa nuklear Fukushima Daiichi

Media Jepun lawat loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi

FUKUSHIMA:  Hampir tiga tahun selepas gempa bumi dan tsunami yang memusnahkan loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, media Jepun dibawa melawat tapak bencana itu.


Ia bertujuan memberi gambaran sebenar kepada media sebelum operasi mengalih rod bahan bakar nuklear dari loji reaktor itu dijalankan.

Lalu syarikat tenaga elektrik tokyo Tepco yang mengendalikan loji terbabit mengumumkan untuk mengalih rod bahan bakar  di reaktor nombor empat dalam tempoh beberapa hari lagi.

Reaktor nombor empat berkenaan antara tiga reaktor yang musnah selepas bencana pada Mac 2011 itu.

Pengalihan 200 rod bahan api daripada kolam penyejukan itu adalah langkah besar pertama dalam proses penamatan operasi di loji berkenaan.

Pemerhati nuklear Jepun telah memberi amaran operasi itu bakal berdepan kesulitan berikutan terdapatnya sisa runtuhan konkrit di dalam kolam penyejukan  selepas bencana itu.

Tepco bagaimanapun tidak menyebut tarikh operasi berkenaan dijalankan.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment