Sunday 24 November 2013

'Umur 1-3 pun jadi pornografi kanak-kanak sekarang'


-gambar arkib


KUALA LUMPUR: Gangguan seksual kanak-kanak serta eksploitasi anak bawah umur semakin membimbangkan, tambah lagi dengan kemudan internet.

Keseriusan situasi ini sampai ke tahap di mana tinjauan menunjukkan terdapat lebih banyak pornografi kanak-kanak yang melibatkan orang berumur satu hingga tiga tahun.

Ini menurut Eksekutif Kanan Cybersecurity Malaysia Aaron Ikram Mokhtar dalam satu temuramah bersama Awani 745 semalam.

Sementara itu, Pengerusi Childline Sabri Rahman berkata gangguan seksual dan eksploitasi kanak-kanak melalui internet seringkali tidak dinampak oleh ibu bapa.

“Sebagai ibu bapa dan guru, kita harus ada program dan sentiasa mengajar mereka apa yang betul dan apa yang tidak. Semua orang di internet perlu dianggap sebagai orang asing, semasa mengisi borang dalam internet juga perlu dipantau,” katanya.

Menurut statistik polis, terdapat 124 laporan yang berkaitan dengan gangguan seksual pedofilia antara 2009 -2012. Manakala, angka sebenar dikatakan jauh lebih tinggi daripada itu.

Sumber: ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment