Sunday 24 November 2013

Topi basikal lipat diperkenal

Topi basikal lipat diperkenal
Topi keledar basikal boleh dilipat dan disimpan ke dalam beg galas.


Kini, keselamatan penunggang basikal lebih terjamin selepas terciptanya topi keledar yang boleh dilipat dan disimpan di dalam beg.

Jeff Woolf, 54, dari syarikat Morpher Helmet berkata, ciptaan itu timbul selepas banyak kemalangan dilaporkan melibatkan penunggang basikal yang tidak memakai topi keledar terutama di London dan Amerika Syarikat (AS).

“Kini mereka tidak boleh memberi alasan topi keledar sukar di bawa terutama ketika berbasikal ke pejabat,” katanya pada Daiy Mail.

Menurutnya, topi keledar ini diilhamkan oleh atlet berbasikal Tour de France, Cris Froome dan Bradley Wiggins dari Boris Bike.

“Topi ini mempunyai berat kira-kira 250 gram dan boleh dilipat. Harganya dijual sekitar 60 pound (RM300) seunit di pasaran Britain dan AS” katanya.

Difahamkan, tahun lalu, 20,000 kemalangan melibatkan basikal berlaku di Britain dengan 93 peratus daripada mereka penunggang basikal tanpa topi keledar.

Di AS pula, lebih 90 peratus kematian penunggang basikal juga dilaporkan berpunca daripada kesalahan sama.

No comments:

Post a Comment