Sunday 24 November 2013

Telefon pintar kini kuasai 55 peratus pasaran

ansnul gupta

JUALAN telefon mudah alih di seluruh dunia adalah 455.6 juta unit dalam suku ketiga 2013 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Penganalisis Penyelidikan Utama di Gartner, Anshul Gupta berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 55 peratus adalah jualan telefon pintar dan ia adalah pencapaian yang tertinggi.

Menurutnya, jualan telefon pintar di seluruh dunia adalah 250.5 juta unit dan menunjukkan peningkatan kepada 45.8 peratus daripada suku ketiga 2012.

“Asia Pasifik menunjukkan pertumbuhan meningkat dalam pasaran iaitu telefon pintar adalah 77.3 peratus dan telefon mudah alih pula ialah 11.9 peratus.

“Kawasan lain yang menunjukkan peningkatan pasaran bagi telefon mudah alih ialah Eropah dan Amerika,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Gupta berkata, beberapa tablet akan memasuki pasaran pada musim cuti sekolah.

“Kami menjangkakan pengguna membeli tablet bersaiz kecil untuk menggantikan telefon pintar mereka,” katanya.

Beliau berkata, walaupun saham Samsung berubah pada suku ketiga tahun 2013, jualan Samsung meningkat berbanding Apple dalam pasaran telefon pintar.

“Pelancaran Samsung Note 3 membantu mengesahkan Samsung menguasai pasaran telefon pintar,” katanya.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment