Saturday 12 October 2013

Lagak samseng, tunjuk pistol


NOOR HASHIM menunjukkan pistol yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Nusajaya, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya berlagak ala samseng apabila menendang sebuah kereta Toyota Vios yang didakwa dipandu laju di kawasan Taman Mutiara Rini di sini.

Perbuatan pada pukul 10.30 malam, Rabu lalu itu bagaimanapun memakan diri apabila mereka bertiga ditahan selepas pemandu kereta tersebut melaporkan kejadian itu kepada polis.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila tiga lelaki terbabit berang dengan tindakan pemandu Toyota Vios berkenaan yang didakwa memandu laju.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, tiga suspek itu mengarahkan pemandu dan seorang penumpang lelaki di dalam kereta tersebut keluar dan menendang kereta berkenaan.


Sumber: Kosmo!

No comments:

Post a Comment