KOTA BHARU - Persatuan Pengusaha Kilang Ais Negeri Kelantan menyelaraskan harga pasaran ais RM3 satu beg plastik seberat 11kg di Kelantan, berkuatkuasa semalam.
Pengerusinya, Wan Rosdi Wan Yusoff berkata, penyeragaman harga itu melibatkan persetujuan 15 kilang yang bernaung di bawah persatuan berkenaan.
"Kenaikan harga ais daripada RM2.50 kepada RM3 satu beg plastik itu, sudah diisytiharkan bermula Sabtu lalu bagaimanapun harganya tidak selaras di pasaran apabila didapati sesetengah ejen memasarkan dengan harga berbeza sekitar RM2.50 hingga RM3," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, kenaikan harga ais itu disebabkan beberapa faktor termasuk kenaikan harga bahan api, beg plastik dan gaji minimum.
Katanya 15 kilang ais itu mengeluarkan kira-kira 900 tan ais sehari untuk pasaran negeri ini.
- Bernama
No comments:
Post a Comment