"Ia memang tak masuk akal. Tapi saya sanggup lakukan semua itu demi memenuhi watak!," Demikian jawapan pelakon jelita, Jennifer Aniston menerusi filem komedi terbarunya, We're The Millers yang baru saja menemui penonton di negara ini.
Siapa sangka pelakon kelas A sepertinya sanggup membawa watak penari bogel yang begitu menggiurkan.
Menerusi filem arahan Rawson Marshall Thurber, bekas isteri Brad Pitt ini bukan sahaja berani tampil separuh bogel bahkan berani beraksi sepertimana penari bogel amatur.
Gayanya selincah gadis muda meskipun usianya sudah mencecah angka 44 tahun. Bagaimanapun penampilan berani Aniston itu turut mengundang rasa kurang senang segelintir peminat yang menggagapnya terdesak untuk mengekalkan popularitinya di layar perak.
"Saya mahu cipta kelainan menerusi filem ini. Saya mencabar diri untuk beraksi seperti ini. Ia memberikan pengalaman yang hebat buat saya dan saya berharap peminat terhibur dengannya," akui pelakon yang popular menerusi drama bersiri Friends ini.
Apa jua jawapan yang diberikan oleh kekasih Justin Theroux ini, hakikatnya dia sememangnya sudah bersedia untuk membenarkan dirinya dieksploitasi pengarah filem tersebut. Jika tidak, masakan dia sanggup beraksi lucah sehingga memperlihatkan sebahagian anggota sulitnya.
Bukan filem bawah umur
Tidak hanya watak Jennifer Aniston (Rose O’Reilly), keseluruhan filem We're The Millers boleh dikatakan agak lucah. Baik dari segi watak, visual mahupun dialog, sarat dengan elemen seksualiti yang pastinya tidak sesuai ditonton golongan bawah umur.
Juga bukan filem pertama Hollywood yang menjadikan wanita dan seksual sebagai bahan penceritaan, We're The Millers bagaimanapun masih mampu menghiburkan penonton. Malah hampir semua babak mengundang tawa penonton.
Setiap watak misalnya, dibina dengan karakter berbeza. Selain Aniston sebagai penari bogel, lakonan Jason Sudeikis (David Clark) sebagai pengedar dadah serta Will Poulter (Kenny Rossmore) yang masih teruna dan Emma Roberts (Casey Mathis), remaja yang lari dari rumah, memberikan impak besar terhadap keseluruhan filem ini.
Masing-masing mempunyai konflik tersendiri sehingga mereka disatukan sebagai keluarga untuk menyeludup ganja dari Mexico ke AS. Misi mereka digamatkan dengan pertemuan secara tidak sengaja dengan keluarga Pablo Chacon lakonan Tomer Sisley bersama isteri dan anaknya yang juga mempunyai karakter yang pelik.
Bagaimanapun, ia bertukar lebih mencabar apabila diburu dua orang pengedar dadah merbahaya. Apakah kesudahannya? Saksikan filem komedi ini pawagam!
Sumber
No comments:
Post a Comment