Sunday 8 September 2013

Transformasi gaya jelita Nori Tun Abdullah!


Ramai yang fikirkan bahawa wanita tidak mampu imbangi kerjaya dan keluarga. Kenyataan tersebut salah sama sekali dan hakikat sebenarnya berjaya dibuktikan isteri menteri kesayangan kami, Puan Nori Tun Abdullah.
Isteri kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ini kelihatan telah melakukan satu makeover gaya yang memukau pandangan ramai ketika menyambut kehadiran Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Dengan potongan rambut lebih pendek yang menyerlahkan lagi raut wajah beliau yang jelita serta bentuk badan yang lebih toned, patutlah YB Khairy sayang akan isteri beliau.  
Bagaimana hendak mengekalkan kecantikan anda macam ibu kepada dua cahaya mata ini? Mari kita ikuti tip berikut!
Utamakan wajah
Tumpuan utama terletak pada air muka. Pastikan wajah tidak kelihatan kusam dengan tidur dan rehat yang mencukupi. Agak mustahil untuk mendapatkan rehat secukupnya dengan kesibukan tugasan harian, jadi amalkan penjagaan kulit seperti pelembab harian dengan elemen anti penuaan dan perlindungan sinar UV serta masker di hujung minggu.
Selain penjagaan kulit, gaya rambut turut memainkan peranan dalam menyerlahkan seri wajah. Cuba potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda. Nori miliki wajah yang comel, maka potongan rambut pendek ini membuatkan beliau tampak lebih muda dan berseri.
Jaga badan
Bagi wanita selepas berkahwin dan beranak, penjagaan badan merupakan perkara yang sukar. Bukan kerana aspek makanan sahaja, masa juga sukar dicari untuk bersenam. Pastikan bersenam sekurangnya 3 hari seminggu selama 30-45minit. Cuba senaman pembakaran lemak tinggi seperti kardio dan berlari. Ini membantu mendapatkan bentuk badan lebih toned dan langsing.


Source: MyLaunchpad

No comments:

Post a Comment