Friday 20 September 2013

Tiada ancaman wabak MERS-CoV musim haji 1434

Tiada ancaman wabak MERS-CoV musim haji 1434

Kementerian Kesihatan Arab Saudi memberi jaminan segala langkah telah diambil untuk menjamin tiada ancaman dari MERS-CoV yang akan menjejas perjalanan ibadat haji 1434H.


Satu pelan bersepadu kesihatan sedang diimplementasi bagi memantau tahap kesihatan semua jemaah dari luar di semua pintu pintu masuk Negara itu. Ini termasuk peruntukkan sebanyak SR10 juta yang dbelanjakan untuk peralatan baharu.

Media tempatan melapor pada Rabu (18 Sept) Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Abdullah Al-Rabeeah sebagai bekata tiada timbul keresahan tentang keadaan kesihatan kerana tiada tanda tanda virus MERS diimpot ke negara itu dengan setiap ketibaan para jemaah setakat ini.

Beliau berkata; “Langkah keselamatan kesihatan yang diambil mampu memberi keyakinan kepada semua bahawa perjalanan haji tahun ini tiada berhadapan dengan ancaman dari sebarang wabak.”

Pihak kementerian telah membuka tiga stesen pemantauan kesihatan di tiga pintu masuk ke Madinah bagi mempasti para jemaah yang masuk ke Kota Nabi itu bebas dari membawa sebarang bahana kesihatan.

Madinah menjadi tumpuan dunia kesihatan berikutan kematian seorang warga Saudi berumur 74 tahun awal bulan ini membawa ke 45 kematian akibat MERS-CoV setakat ini.

Sementara itu, Tabung Haji melaporan sejumlah 28 penerbangan membawa 8,138 jemaah Malaysia sudah tiba di Arab Saudi setakat 18 Sept.

Hanya lima lagi penerbangan akan mendarat di Madinah dengan pesawat terakhir dijadual pada 20 September. Jemaah dari 9 penerbangan pertama sudah pun meninggalkan Madinah dan sekarang berada di Mekah menantikan hari wuquf yang hanya 25 hari lagi.

Bermula 21 September, semua penerbangan haji akan mendarat di Jeddah dari mana para jemaah akan dibawa terus ke Mekah. Setakat ini (19 Sept) terdapat 2315 jemaah Malaysia yang berada di Mekah sementara 5833 masih di Madinah. Penerbangan terakhir dijadual berlepas dari Malaysia pada Oktober 9.
- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment