Friday, 20 September 2013

Dokumentari I Wouldn't Go In There ingin merungkai kebenaran

Dokumentari ‘I Wouldn't Go In There’ diterbitkan bukan untuk mencari kisah-kisah paranormal, sebaliknya, ia dibikin untuk merungkai kebenaran di sebalik sesebuah lokasi yang disifatkan berhantu.


Dihoskan penulis blog, Robert Joe dia digandingkan dengan Nazrudin Rahman untuk episod yang menjalani penggambaran di Malaysia.

Sebagai seorang yang beragama Islam, Naz berhati-hati supaya tidak menyentuh sensitiviti agama.

Di Malaysia, Robert bersama produksi National Geographic memilih untuk membongkar kisah di Muzium Perang, Pulau Pinang.

Lokasi itu merupakan bekas kubu yang dibina British tetapi ditawan tentera Jepun dan digunakan sebagai kem banduan peperangan serta tapak hukuman.

I Wouldn't Go In There, Malaysia: Haunted Museum’ bakal ditayangkan pada 4 Oktober, 11 malam di saluran National Geographic, Astro.

No comments:

Post a comment