Friday, 20 September 2013

BlackBerry Z30 direka saingi pasaran

BlackBerry
Model baru BlackBerry Z30 dijangka memenuhi permintaan semasa pengguna telefon pintar.


BLACKBERRY melancarkan telefon pintar terbarunya BlackBerry Z30 yang merupakan BlackBerry bersaiz paling besar, terpantas dan lebih maju berbanding model sebelum ini.

Pengarah Urusan BlackBerry Malaysia Annamalai Muthu berkata, sepanjang tahun lalu, jumlah pelanggan BlackBerry bertambah sehingga 300 peratus.

“Pasaran Malaysia sangat penting kepada kami dan kerana itulah kami ingin menunjukan penghargaan kepada pasaran BlackBerry di Malaysia.

“Di Malaysia, terdapat 140 peratus peluang penembusan telefon bimbit dengan jualan telefon pintar meningkat 12 peratus dari tahun ke tahun,” katanya.

Malaysia adalah antara dua negara Asia Pasifik yang akan melancarkan Blackberry Z30 pada 5 Oktober 2013.

Menurut beliau, saiz skrin lima inci merupakan pilihan pengguna masa kini, menyebabkan BlackBerry membuat lebih banyak pelaburan baru bagi telefon pintar bersaiz lima inci.

BlackBerry Z30 boleh didapati di pasaran pada harga RM1,998.

No comments:

Post a Comment