Friday 20 September 2013

Siling pusat beli belah di Singapura runtuh , tiga wanita cedera


Tiga wanita cedera apabila siling tingkat pertama sepanjang 50 meter di pusat beli belah Jem di Jurong East, di sini runtuh malam tadi.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka yang hanya cedera ringan dihantar ke hospital Universiti Nasional.

Punca kejadian masih disiasat.

Pusat beli belah, hab gaya hidup pertama di barat Singapura itu, yang menggabungkan tempat membeli belah, hiburan dan kediaman pada lokasi yang sama dibuka secara rasmi pada 15 Jun lalu.

- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment