Monday 23 September 2013

Polis telah menahan suspek utama kes pembunuhan pengasas AmBank

Polis telah menahan suspek utama kes pembunuhan pengasas AmBank

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberitahu bahawa suspek utama kes pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi telah ditahan polis malam tadi.


Menurut Khalid, lelaki yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam di Taman Larut Tin, Taiping, Perak.

Turut ditahan dalam kejadian itu ialah sepasang individu yang dipercayai melindungi suspek tersebut.

Pada 29 Julai lalu, Hussain, 75, mati manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon.

Dalam insiden jam 2 petang itu, Hussain terkena dua das tembakan di dada dan meninggal di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Berikutan kejadian itu, polis telah menahan seorang pemandu teksi yang dipercayai telah memandu suspek yang terlibat dalam kes itu.

Pemandu teksi yang berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling pada jam 9 malam oleh sepasukan polis.

Polis percaya selepas suspek penembak melepaskan beberapa das tembakan yang membunuh Hussain Ahmad Najadi, dia kemudiannya melarikan diri menggunakan teksi yang dibawa oleh suspek pemandu teksi.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment