Monday 23 September 2013

Perry cemburui penampilan Rihanna

Rihanna
Katy Perry dan Rihanna tidak lagi bermusuhan.


Keakraban dua selebriti terkenal, Katy Perry dan Rihanna sering menjadi perhatian. Dalam diam, rupanya Perry sangat mencemburui setiap penampilan Rihanna.

Menurut Perry, dia sangat hairan bagaimana rakan baiknya itu dapat mengekalkan stamina kerana setiap masa Rihanna sering kelihatan ceria dan sangat aktif.

"Saya rasa dia ada sesuatu yang masih disembunyikan pada saya. Walaupun kami sudah berkawan lama, namun ia bukan jaminan untuk kami berkongsi dalam segala hal.

"Yang pasti dia tidak mengambil dadah," katanya sambil ketawa kecil.

- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment