Monday 23 September 2013

PAFA syak pemain terima rasuah


Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggantung kesemua pegawai skuad liga super 2013 termasuk ketua jurulatih selama dua minggu berkuatkuasa hari ini berikutan wujud elemen sabotaj dan rasuah dalam kempen piala Malaysia.

Keputusan drastik itu diumumkan Timbalan Presiden merangkap pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa darurat dan pengurusan di pejabat PAFA sebentar tadi.

Menurut beliau, satu jawatankuasa khas diketuai pengerusi jawatankuasa disiplin PAFA, Datuk Ismail Sapian diberi tempoh dua minggu untuk membuat siasatan dalaman berhubung kes itu.

Laporan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah dibuat.

Beliau juga menegaskan kesemua pegawai dan pemain dilarang meninggalkan Ipoh sepanjang tempoh dua minggu ini.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment