Monday 23 September 2013

I-Pmart Lifestyle Link pelbagai fungsi dalam satu kad

I-Pmart Lifestyle Link pelbagai fungsi
Mart Tang (tengah) bersama selebriti sempena pelancaran IPmart Lifestyle Link di Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian


I-Pmart Lifestyle, memperkenalkan kad pelbagai fungsi, i-Pmart Lifestyle Link yang menawarkan pelbagai faedah dalam satu kad meliputi bayaran Touch n Go, perlindungan insurans, pendapatan hospital, diskaun, penebusan dan pelbagai faedah lain.

Pengarah Urusan i-Pmart Lifestyle Sdn Bhd, Mart Tang berkata, kad itu akan memberi kemudahan kepada pemegang kerana menggabungkan semua keperluan gaya moden dalam satu.

“Dalam keadaan ekonomi semasa menunjukkan permintaan terhadap produk teknologi maklumat dan gajet serta penggabungan dunia sosial dan realiti, sememangnya memerlukan kad ini.

“Dengan harga RM11.50 sebulan atau RM138 setahun, pengguna dapat menikmati insurans kemalangan peribadi berkumpulan sehingga RM30,000,” katanya.

Menurutnya, faedah lain ialah pengguna akan memperoleh pendapatan hospital RM60 sehari sehingga 30 hari, nilai RM10 Touch n Go yang diisi, baucar tunai dan baucar diskaun bernilai RM188.

Bermula semalam hingga 31 Oktober, kad i-Pmart Lifestyle Link boleh dibeli dengan RM99 di stesen LRT Kuala Lumpur Sentral, Pasar Seni, Wangsa Maju, Masjid Jamek, Bukit Jalil dan Ampang Park.


- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment