Sunday 15 September 2013

Muslimah World saingan baru Miss World di Indonesia

Muslimah World saingan baru Miss World di Indonesia

Pertandingan ratu cantik Miss World yang mendapat tentangan hebat dari kumpulan Islam di Indonesia kini berhadapan dengan lagi satu cabaran – sebuah pertandingan ratu cantik khusus untuk Muslimah.

Pertandingan yang diberi nama  Muslimah World akan dianjurkan pada hari Rabu di Jakarta dan ia seperti pertandingan Miss World khusus untuk mereka beragama Islam, kata pengasas pertandingan berkenaan Eka Shanti.
“Muslimah World adalah pertandingan ratu cantik, namun peraturannya berbeza dari Miss World – anda mesti seorang solehah, menjadi role model yang positif dan dapat mengimbangi aspek rohani di zaman yang begitu moden,” Shanti memberitahu AFP.

Pertandingan Miss World sudahpun menggugurkan pusingan bikini dan sudah berhadapan protes secara besar-besaran selama sebulan yang mahu pertandingan ini dibatalkan.

Muslimah World mempunyai 20 finalis yang dipilih dari 500 peserta yang mengambil bahagian dalam pusingan online, membaca ayat Qur’an, dan bercerita tentang bagaimana mereka mula berhijab sebagai satu keperluan untuk menyertai pertandingan ini.

Finalis-finalis dari Iran, Malaysia, Brunei, Bangladesh, Nigeria dan Indonesia akan menggayakan pakaian Islamik di atas pentas dan Shanti memberitahu bahawa mereka tidak perlu mendedahkan aurat untuk kelihatan cantik.

Namun Shanti tidak sokong kumpulan yang menentang pertandingan Miss World kerana akui Indonesia mempunyai penganut pelbagai agama.

“Kami tidak mahu berkata ‘tidak’ kepada Miss World. Kami mahu menunjukkan kepada anak-anak kami bahawa mereka mempunyai pilihan. Adakah mereka mahu menjadi wanita seperti di dalam pertandingan Miss World atau Muslimah World?” tanya Shanti.

Peserta Muslimah World akan disambut dengan tangan terbuka, dimana ratusan wanita berhijab akan mengadakan satu perhimpunan untuk menyambut para perserta, kata Shanti.

Berbeza pula dengan peserta Miss World dimana seramai 300 ahli Front Pembela Islam berhimpun di Jakarta sambil membawa tanda-tanda seperti ‘Miss World pertandingan pelacuran’.

Kerajaan berpihak dengan kumpulan berkenaan dimana pertandingan akhir Miss World dipindahkan ke Bali dimana penduduk majoritinya adalah pengganut Hindu dan pertandingan berkenaan tidak menerima sebarang tentangan.

Kumpulan Hizbut Tahrir mengadakan perhimpunan pada hari Sabtu di Yogyakarta sehingga peserta-peserta Miss World terpaksa membatalkan lawatan mereka ke sana.

“Miss World tidak dialu-alukan di Indonesia,” kata seorang jurucakap kumpulan berkenaan di Yogyakarta.
Penganjur dan penyiar pertandingan Miss World, MNC Group, berkata ia seperti “mustahil” untuk memindah lokasi pertandingan Miss World pada saat-saat akhir.

Keputusan untuk mengadakan pertandingan akhir Miss World di Bali adalah satu kemenangan kepada kumpulan Islamik di Indonesia yang dilihat semakin berjaya untuk membatalkan atau menukarkan acara yang dilihat sebagai tidak Islamik.

Tahun lepas, Lady Gaga membatalkan konsert beliau setelah kumpulan yang sama berniat untuk membakar tempat konsert beliau.

 - AFP

No comments:

Post a Comment