Sunday 15 September 2013

Dua didakwa bunuh penjaga cicak


ROSMADY dan Azman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Selangor semalam selepas hadapi tuduhan membunuh penjaga cicak tokek


Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh penjaga cicak tokek yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh warga tempatan itu ialah Rosmady Rosman berasal dari Kuang, Rawang dekat sini dan Azman Ismail berasal dari Jeram di sini. Mereka masing-masing berusia 38 tahun.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosmady dan Azman telah membunuh Syairul Helmy Azhar, 24, di hadapan rumah Lot 4225 Jalan Rezab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram pada pukul 7 pagi, 30 Ogos lalu.


Sumber

No comments:

Post a Comment