Sunday 15 September 2013

Malaysia juara Pestabola Merdeka 2013



KUANTAN - Pasukan kendalian Ong Kim Swee, Harimau Muda berjaya merangkul kejuaran Pestabola Merdeka 2013 apabila menewaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu diperolehi melalui gol jaringan Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-27 dan Junior Eldstal pada minit ke-90 sekali gus memberi hadiah yang cukup bermakna kepada negara bersempena Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini.

Biarpun hujan renyai-renyai berterusan, skuad Bawah 23 kebangsaan ini terus mendominasikan permainan. Minit ke-80 Kim Swee sekali lagi melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Saarvindran menggantikan Syahrul Azwari.

Selepas bebebrapa kali percubaan, Junior akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Malaysia sekaligus mencapai impian untuk meraikan gol pertamanya kejohanan ini pada minit ke-93 permainan.

Dengan kemenangan ini melayakkan pasukan meraih hadiah wang tunai ASD50,000 (RM164,500) selain daripada trofi kejohanan.

Naib juara, Myanmar meraih wang ASD 30,000 (RM987,00), tempat ketiga, Singapura juga meraih wang tunai ASD 20,000 (RM65,800) manakala tempat keempat, pasukan Thailand ASD10,000 (RM329,00)


Sumber

No comments:

Post a Comment