Saturday, 29 April 2017

Ruhainies letak target ke layar perak


Ruhainies. - Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, mungkin pepatah sesuai untuk menggambarkan populariti pendatang baru, Ruhainies dalam industri seni.

Meskipun belum dua tahun bergelar anak seni, namun sudah dikenali ramai.

Tidak hanya tawaran demi tawaran, pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini juga tidak sebagai duta pelbagai produk.

Bagaimanapun, ujar gadis yang bakal menginjak ke usia 25 Julai depan itu, setiap tawaran tidaklah diterima samberono, sebaliknya ditapis dan dilihat kesesuaiannya.

"Alhamdulillah, saya banyak terima tawaran berlakon dan jadi duta produk.

"Tapi tak semua saya terima. Kalau berlakon, saya tengok dulu wataknya, skripnya, kalau menarik saya terima. Sekarang ni,saya lebih suka karakter berat.

"Kalau nak jadi duta, saya cuba dulu untuk sebulan. Kalau sesuai, baru saya terima," jelasnya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat produk kecantikan dan kesihatan Cantik Dara Sdn Bhd dengan Spektra Selasih Sdn Bhd.

Teruja bercerita perkembangan terkini, Ruhainies berkata, dia baru saja selesai penggambaran drama Menantu Bilal untuk slot Dahlia TV3, Ramadan nanti dan akan menjalani penggambaran produk jenama Himalaya pula selepas ini. 

Ruhainies juga beruntung kerana wajah ayunya turut menjadi pilihan sebagai duta produk mata jenama Ameena, face shapping serta bekerjasana dengan Cantik Dara,

Pelakon genit ini kini berfikir untuk bercuti Ramadan nanti selepas sibuk sebagai duta.

Pelakon ini juga disunting menjadi wakilan Norah Cookies untuk tempoh tiga bulan. Kesibukan Ruhainies tidak hanya setakat itu kerana dia juga akan bergandingan bersama Azrel Ismail untuk telefilem Jasmin dan seterusnya menjalani penggambaran di London dan Paris untuk Kelip-Kelip Kota London dan Cikgu Dina Pakai Prada ke Paris.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini juga memberitahu, dia terpaksa menolak tawaran berlakon filem buat masa ini kerana mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan mengambil peluang menimba pengalaman sebanyak mungkin.

"Sebenarnya ada tawaran berlakon filem, tapi saya tak mahu terburu-buru menerima.

"Kalau ada tawaran pun saya tak suka karakternya dan saya rasa tak sesuai. Orang kata alang-alang dah berlakon filem, biarlah yang berbaloi.

"Mungkin saya tunggu orang muak lihat muka saya di kaca TV dulu baru saya beralih pada filem kot," katanya berseloroh.

Masih sendiri

Di usik mengenai percintaan pula, lebih-lebih hubungannya dengan Azrel, adik kepada Risteena Munim ini menegaskan dia dan aktor itu hanya bersahabat baik.

"Senang kata kalau saya bercinta, saya akan beritahu. Tapi buat masa ni kami hanya berkawan.

Pelakon itu mengaku senang dengan peribadi Azrel yang sangat baik dan meletakkan Azrel layak sebaris dengan wanita berperibadi sama.

Baginya, kerjaya lebih utama kerana masih baru dalam industri dan tidak terfikir berkahwin dalam masa terdekat.

- Sumber: SH Online | 29 April 2017

No comments:

Post a Comment