Sunday 14 June 2015

Anak angkat 'mastermind' perkahwinan Emma Akma

PELAKON Emma Akma, 46, telah selamat bergelar isteri kepada Omar Ramli, 47, dalam majlis pernikahan yang telah diadakan pada malam Selasa lalu.

Majlis pernikahan ini telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah di Kompleks Dato Haji Kamarulzaini, Gombak dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan artis.

Menerusi temu bual yang dipetik dari sebuah portal berita, Emma menjelaskan perkahwinan ketiganya ini kerana memenuhi permintaan anak angkatnya Dayang Izzati yang berusia 10 tahun.

"Anak saya sebenarnya yang menjadi ‘mastermind’ dalam perkahwinan saya dengan ayahnya kerana dia merancang segala-galanya tanpa pengetahuan saya dan bakal suami mengenai perkahwinan ini.

"Dia beritahu ayahnya, saya mengajak untuk berkahwin dan bercerita perkara serupa kepada saya. Pada hal saya dan Omar tak pernah pun cakap macam tu.

”Bermula dari situlah hati kami terbuka untuk disatukan," katanya.

Untuk rekod, Emma telah mengambil Dayang Izzati daripada Omar sejak 10 tahun lalu untuk dijadikan anak angkat. Selain itu Dayang Izzati, Emma turut mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Zuairin, 23.

- Sumber: Editorial MH

No comments:

Post a Comment