Video tanpa dialog itu hanya memaparkan TMJ yang ketika itu sedang bersantai di kerusi dan kemudian tersenyum seraya memberikan isyarat tangan dipercayai membawa mesej -marilah.
SEBUAH video senyap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) seolah 'membalas' teguran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz semalam menjadi viral di media sosial.
Video tanpa dialog itu hanya memaparkan TMJ yang ketika itu sedang bersantai di kerusi dan kemudian tersenyum seraya memberikan isyarat tangan dipercayai membawa mesej “marilah.”
Video berdurasi 17 saat itu dimuat naik semalam di Facebook dan Twitter Johor Southern Tigers beberapa jam selepas Nazri menegur Tunku Ismail agar menjauhkan diri daripada politik ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.
Klip video itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau dipercayai mempunyai mesej tersirat yang ingin disampaikan kepada Nazri.
Sementara itu, video yang dimuat naik pada kira-kira jam 7 petang semalam menerima lebih daripada 700 komen di mana pengguna media sosial mentafsirkan itu sebagai usikan Tunku Ismail terhadap teguran Nazri.
“Senyum lebar tengok video ini, kerajaan nak belasah kerabat Johor? Ingat kami anak johor batang pisang?” tulis seorang pengguna media sosial bernama Ashhabu Rayati Suud.
Ummi Yahaya pula mengatakan bahawa politik bukan hak milik menteri, malah Raja juga mempunyai hak bersuara seperti rakyat kebanyakandi negara ini.
“Rakyat bahkan Raja – Raja, berhak bersuara dan bertanya, meminta untuk tidak mencampuri urusan politik adalah satu tindakan pendek akal apatah lagi dari seorang menteri yang tahapnya Cuma dalam Kementerian Kebudayaan.”
Seorang lagi pengguna dengan nama Shyko Dessert menulis, “TMJ bersuara demi rakyat, kalau begini, bukan setakat bangsa Johor pertahankan TMJ, aku rakyat Pahang pun turun support (sokong)!!!”
Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini mengecam Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.
Menurut laporan Malaysiakini, Nazri berkata Tunku Ismail harus menjauhkan diri daripada politik.
"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.
Walau apa pun, video itu tidak dimuat naik dengan sebarang mesej balasan, malah tiada ada sebarang ucapan daripada Tunku Ismail dalam klip tersebut .
- Sumber: Astro Awani
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment