Saturday 28 February 2015

Leonard "Mr Spock" Nimoy meninggal dunia pada usia 83 tahun

Leonard Nimoy, pelakon yang pernah memegang watak utama dalam siri sains fiksyen, Star Trek meninggal dunia pada usia 83 tahun.

LOS ANGELES: Leonard Nimoy, pelakon yang pernah memegang watak utama dalam siri sains fiksyen, Star Trek meninggal dunia pada usia 83 tahun kerana radang paru-paru.

Nimoy memulakan pembabitannya dalam drama Star Trek dari tahun 1966 hingga 69.

Dia jadi tumpuan ramai kerana wataknya sebagai Mr. Spock iaitu separuh manusia dan vulcan.

Selepas popular dengan Star Trek, beliau ditawarkan untuk membintangi drama bersiri terbaru Mission Impossible.

Nimoy juga pernah menghasilkan buku puisi dan cerita kanak-kanak.

Dilahirkan di Boston, beliau berkahwin dengan Sandra Zober dan mempunyai dua anak iaitu Julie dan Adam.

Selepas bercerai pada 1988, dia berkahwin dengan eksekutif filem terkemuka, Susan Bay. 

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment