Saturday 28 February 2015

Adeline Tsen terus raih tawaran


Adeline Tsen


KUALA LUMPUR: Empat tahun setengah menceburi dunia seni, Adeline Tsen masih gigih membina nama. Saat ini Adeline masih tegar meneruskan perjuangan seninya dan tawaran berlakon tidak pernah surut.

Drama bersiri Hotel Mania yang pernah menghiasi TV3 beberapa tahun lalu menjadi percubaan pertamanya sebagai pelakon. 

Ketika itu, Adeline sebenarnya masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam kursus Ijazah Perakaunan.

Mei tahun lalu, dia sudah menamatkan pengajian di universiti berkenaan dan kini tumpuan penuhnya kepada bidang seni. 

"Saya masih meneruskan survival seni macam biasa. Tawaran kerja atau besar tetap datang. Kalau dulu masa belajar saya kena selektif menerima tawaran berlakon tapi sekarang tak lagi. Hingga saat ini pun saya masih berasakan diri ini sudah popular. 

"Saya masih anggap diri ini bertatih dan baru. Hijau lagi sebenarnya dan jauh lagi perjalanan seni saya. Cuma satu pencapaian peribadi yang saya banggakan selepas tamat pengajian, dua drama lakonan saya iaitu Rindu Awak 200 Peratus dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta meletup.

"Lucunya dua buah drama berkenaan watak saya bermula dengan pangkal Airen. Mungkin tuah Tahun Baharu Cinta gamaknya drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta menang Anugerah Drama TV Meletop di Anugerah Meletop ERA 2015 baru-baru ini," kata anak bongsu tujuh beradik itu.

Adeline turut berkongsi gambar sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikannya baru-baru ini. 

Dia pulang ke kampung halaman di Kota Belud, Sabah selama lima hari. Raya itu dimanfaatkan Adeline sebaik mungkin kerana sudah dua tahun dia tak pulang beraya.

"Memang seronok sesekali sekala dapat berjumpa ahli keluarga dan sanak saudara. Saya yakin semua orang akan gembira dapat berjumpa tersayang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adeline memberitahu dia juga saat ini sibuk mengacara untuk siaran Astro, menjalani penggambaran sitkom untuk TV3 selain terbabit dalam penggambaran drama Aidilfitri dan filem bersama Osman Ali.

Adeline Tsen bersama ahli keluarga dan sanak-saudara ketika sambutan Tahun Baharu Cina, baru baru ini.

Adeline Tsen bersama ahli keluarga dan sanak-saudara ketika sambutan Tahun Baharu Cina, baru baru ini.

Adeline Tsen bersama ahli keluarga dan sanak-saudara ketika sambutan Tahun Baharu Cina, baru baru ini.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment