Saturday 28 February 2015

Hafiz Suip selamat bertunang dengan Effy

HAFIZ Suip selamat bertunang dengan Effy. - Foto Instagram Hafiz 

KUALA LUMPUR: Hafiz Suip melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy Jesreel Abdullah atau Effy sebentar tadi. 

Majlis pertunangan itu diadakan di Hotel Pullman, Kuching. Effy yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga berasal dari Kuching, Sarawak. 

Bakal isteri penyanyi lagu Masih Jelas itu juga sebenarnya mempunyai talian persaudaraan jauh dengan keluarganya dan berusia awal 20-an. 

Menurut Hafiz, mereka menjalin persahabatan sejak lima tahun lalu ketika beliau belum mencipta nama sebagai penyanyi. 

Hafiz tertarik dengan Effy kerana gadis itu lemah lembut, matang dan menghormati orang tua. 

Antara teman artis yang hadir ialah Khairil Azam Pilus dan Hazama.

SEKITAR majlis pertunangan Hafiz dan Effy di Hotel Pullman, Kuching malam ini. - Foto NSTP




- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment