Saturday 21 February 2015

Hukuman mati: Presiden Brazil tolak kunjungan duta Indonesia

Roussef (gambar) memutuskan untuk menangguhkan pemberian kelayakan untuk duta Indonesia itu. Foto AFP

BRASILIA: Hubungan tegang Brazil dan Indonesia dijangka berterusan apabila dalam episod pertikaian terbaru, Presiden Brazil Dilma Roussef bertegas enggan menerima kunjungan duta baru Indonesia ke negara itu.

Kenyataan dibuat selepas Rousseff menyatakan menyambut baik pelantikan Toto Riyanto dalam satu majlis rasmi. Bagaimanapun Roussef memutuskan untuk menangguhkan pemberian kelayakan untuk duta Indonesia itu.

Hubungan tegang kedua-dua negara dikatakan berpunca daripada tindakan tegas Jakarta terhadap warga Brazil yang didapati bersalah atas dakwaan jenayah berkaitan dadah. Salah sorang darinya adalah Rodrgigo Gularte, yang berdepan hukuman mati.

Selain Gularte, Jakarta juga menghukum mati Marco Archer Cardoso Moreira, yang bersalah menyeludup dadah Januari lalu.

Indonesia yang mempunyai undang-undang ketat atas kesalahan dadah, menolak rayuan akhir yang dikemukakan presiden Brazil. Tindakan itu menyaksikan brazil memanggil pulang dutanya dari Jakarta.

- Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment