Sunday 11 January 2015

Tiga cadangan untuk Kementerian Pendidikan

  • PASCA BANJIR

KUALA TERENGGANU - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mencadangkan tiga perkara untuk perhatian Kementerian Pendidikan termasuk dari segi kesihatan pelajar susulan bencana banjir baru-baru ini.

Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, penutup mulut/hidung perlu dibekalkan kepada pelajar sekolah di negeri-negeri terjejas bagi mengelak mereka terkena penyakit akibat debu lumpur pasca banjir.

Beliau berkata sararan kedua ialah kementerian perlu menggerakkan program motivasi menggunakan khidmat kaunselor bagi memulihkan semula semangat pelajar khususnya mereka yang bakal menempuh peperiksaan awam.

"Ini kerana pelajar terlibat sudah tentu mengalami trauma, bukan sahaja berdepan dengan pengalaman sukar sehingga mengancam nyawa malah turut kehilangan barangan persekolahan termasuk pakaian seragam," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Syed Anuar berkata, pihaknya bersedia menawarkan khidmat dan program motivasi untuk pelajar terlibat banjir sekiranya diperlukan.

Katanya, saranan ketiga adalah kementerian perlu menggantikan perabot termasuk kerusi dan meja pelajar yang rosak dalam banjir dengan produk lebih berkualiti tinggi yang berdaya tahan walaupun terendam lama dalam air.

Langkah itu akan dapat menjimatkan kos kerajaan kerana kerusi dan meja rosak setiap kali sekolah dilanda banjir. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment