Sunday 11 January 2015

Pasangan pengganas pernah bercuti di Malaysia?

Tidak. Ini menurut KPN.


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan pasangan yang terlibat dalam drama tebusan di sebuah pasaraya pernah memasuki Malaysia untuk bercuti seperti yang dilaporkan oleh saluran CNN.

Khalid berkata, berdasarkan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia mengesahkan yang pasangan tersebut tidak pernah berada di negara ini. Semalam, CNN melaporkan Amedy Coulibaly yang ditembak mati dalam drama tebusan di timur Paris pada Khamis pernah melancong ke Malaysia bersama isterinya, Hayat Bourmeddiene.

Saluran itu mendedahkan yang Coulibaly turut merakamkan beberapa foto sewaktu berada di Malaysia. Gerakan untuk menjejak Bourmeddiene kini diteruskan dan dia berada dalam senarai wanita paling dikehendaki di Perancis.

Coulibaly merupakan salah seorang daripada pengganas yang menyebabkan kota Paris terbabit dalam pertumpahan darah dalam episod tebusan lebih 48 jam.

Boumeddiene, 26 tahun berjaya melarikan diri dan kini dianggap berbahaya, lapor CNN.

Coulibaly terbunuh dalam serangan oleh pasukan komando bersama empat tebusan yang berada dalam pasaraya di Paris. 

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment