Sunday 15 November 2015

Giliran Ezad, Nizam tersingkir malam ini?

PENYANYI, Ezad Lazim (kanan) dan Nizam Laksamana.

KUALA LUMPUR: Program nyanyian membabitkan barisan penyanyi otai tanah air, Gegar Vaganza kembali dengan suntikan lebih segar dalam musim kedua.

Sambutan memberangsangkan daripada yang hadir memenuhkan Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam berserta sorakan bukti sokongan kepada bintang pilihan mereka.

Minggu lalu menyaksikan penyanyi dangdut veteran, Sheeda terkeluar ketika diberikan tugasan menyanyikan lagu `Tiada Lagi' bersama penyanyi Aweera dalam konsert keempat program itu.

Keputusan dibuat hasil daripada perbincangan dan kata sepakat barisan juri yang diketuai oleh Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan, Datuk M Nasir.

Mereka berpendapat Sheeda dan rakan duetnya, Aweera gagal mencari keserasian dan tidak dapat menyanyikan lagu duet mereka dengan baik.

Komen pedas yang diberikan oleh barisan juri turut menimbulkan rasa tidak puas hati anak perempuan Sheeda iaitu Bienda. 

Beliau bertegas supaya Ramli dan M Nasir memohon maaf kepada ibunya kerana membuatkan mereka sekeluarga tersinggung dengan komen mereka.

Penyanyi Ezad Lazim dan Nizam Laksamana adalah dua nama yang dijangka bakal meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim kedua kerana persembahan yang kurang memberangsangkan pada minggu lalu. 

Markah yang diberikan oleh barisan juri meletakkan mereka pada kedudukan tercorot pada minggu keempat.

Namun, keputusan sama ada mereka terus mara pada minggu hadapan terletak dalam tangan mereka sendiri. 

Ezad dan Nizam mampu mengubah ramalan ini dengan memberikan persembahan terbaik pada malam ini yang bertemakan Hits Vaganza.

Pada malam ini, Azian Mazwan Sapuan bakal membawakan lagu Wajah Siapa Di Hatimu, Amir Ukays (Yank), Nizam (Misteri Mimpi Syakila), Acong Sweetchild (Memburu Rindu). 

Selain itu, Ezad (Gerhana Cinta Luka), Nassier Wahab (Di Pintu Syurga), Faradhiya (Mencintaimu), Haiza (Rela) dan Siti Nordiana (Nirmala).

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment