Sunday 15 November 2015

Chong Wei rangkul kejuaraan Terbuka China

Chong Wei mudah mengatasi Chen Long dalam staright set 21-15, 21-11. - Foto EPA

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan bermakna dalam Terbuka China selepas mudah mengatasi pemain tuan rumah Chen Long.

Mengetepikan sangkaan ramai bahawa beliau tidak cukup masa untuk mengembalikan stamina selepas perlawanan separuh akhir, Chong Wei menang straight set 21-15 dan 21-11 ke atas pemain nombor satu dunia itu dalam tempoh 50 minit.

Dalam set pertama, Chong Wei mengutip lapan mata berturut-turut untuk mendahului 16-8, sekali gus memberi tekanan kepada Chen Long untuk bangkit memberi tentangan.

Ini merupakan kali pertama Chong Wei menewaskan Chen Long sejak Terbuka Denmark tahun lalu.

Kejayaannya itu lebih manis selepas beliau berjaya mengatasi seteru utamanya Lin Dan di China buat pertama kali pada Sabtu.

Chong Wei muncul pemain perseorangan Malaysia ketiga merangkul gelaran Terbuka China selepas Wong Choong Hann pada 2002 dan isterinya Wong Mew Choo pada 2007. 

- Sumber: Astro Awani | November 15, 2015

No comments:

Post a Comment